Punca PH / PN takut PRU15 , ini antara sebab nya.
Oleh Adam Malik
Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sering menyerang Barisan Nasional dan UMNO khususnya dalam apa sahaja isu yang mereka sempat kaitkan.
Ini untuk menunjuk kan betapa teruk dan buruk nya BN dan UMNO.
Selain itu, Tun Mahathir juga turut sama dalam hal ini, pantang ada isu mesti sahaja nama BN dan UMNO dikaitkan.
Rumusan nya, segala yang tidak baik ada lah sebab BN dan UMNO.
BN juga turut dikatakan penyamun, perompak dan ‘crook’.
Begitulah rumusan dan naratif yang dibuat oleh PH, PN dan Tun Mahathir terhadap BN dan khusus nya UMNO.
Namun , jika benar BN itu penyamun , pencuri dan perompak , kenapa PH, PN dan Tun Mahathir takut kepada PRU15 awal?
Sebalik nya yang digelar penyamun, perompak ini pula yang menjadi pihak yang berani mengadap rakyat untuk menentukan.
Yang menganggap diri suci bersih pula yang sangat takut kepada rakyat dan tidak mahu PRU15 yang awal diadakan kerana belum dapat lagi cipta fitnah setara 1MDB.
Selain itu terdapat sumber menyatakan setiap gabungan sama ada PH , PN atau GTA ,secara bersendirian dan sulit telah membuat kajian dengan mengupah badan professional secara berasingan untuk mendapat maklumat kedudukan polar undi dan kajian sikap pengundi.
Dan , mereka telah dapati kesemua nya memberi ‘feedback’ tidak bagus kepada PH, PN dan GTA.
DAP terpaling kuat antara mereka juga diandai bakal kehilangan 5-7 kerusi ’stronghold’ mereka.
Selain itu PKR yang mendapat tempat kedua jumlah kerusi terbanyak selepas UMNO juga akan mendapat kurang dari jumlah sedia ada ia itu 47 kerusi dan di ‘predicted’ akan kehilangan lebih 10 kerusi dari jumlah ini.
Dua negeri dikuasai selain BN di andai akan Kembali kepangkuan BN.
Antara sebab2 lain ketakutan musuh BN ada lah skandal2 baru akan terdedah dan akan memeranjatkan rakyat apabila disiasat dan selongkar nanti.
Selain itu , menurut beberapa penganalis, walaupun kesemua PH, PN dan Tun Mahathir sentiasa berpolitik ‘non-stop” 24 jam , namun apabila tiba2 muncul PRU15 , mereka masih belum sedia dengan fitnah berskala 1MDB.
Isu kebelakangan ini hampir semua ‘favourable’ kepada BN.
Pemenjaraan Najib Razak tetap tidak menguntungkan PH dan musuh2 UMNO , malah mendatangkan simpati dan sokongan kepada UMNO.
PH , PN dan Tun Mahathir masih gagal tangkis serangan berkenaan hutang negara , penjualan aset dan isu rasuah berkaitan bekas Gabenor dan Hakim Nazlan.
Kisah 22 bulan juga menghantui PH dan sisa2 mereka di PN.
Apalagi untuk menjawap janji manifesto PRU14.
Walaupun PEJUANG , BERSATU dan MUDA cuba selindung disebalik ‘outfit’ baru dan membiarkan Anwar Ibrahim membalut luka , namun rakyat tetap mengenali kepimpinan gagal walaupun mereka bersembunyi dibelakang jenama baru.
Ini dan banyak lagi antara rumusan kenapa PH,PN dan Tun Mahathir tidak suka kepada PRU15 awal.