Perikatan Nasional 2.0 dalam rundingan

GTA berunding dengan PH untuk PRU15

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Perikatan Nasional 2.0 dalam rundingan

Perikatan Nasional bakal bergabung dengan Gerakan Tanah Air (PEJUANG) bagi membentuk gabungan Perikatan Nasional 2.0 bagi menghadapi PRU15.



Rundingan tersebut disahkan oleh Presiden PEJUANG yang juga Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Ya, GTA dan PN memang ada melakukan perbincangan bagi melihat kemungkinan dapat bekerjasama pada PRU15, namun ia belum sampai ke tahap rundingan rasmi lagi setakat ini.

“Perbincangan masih di peringkat awal yang mana kita masih perlu menentukan konsep gabungan berkenaan dan setakat ini, respon PN adalah positif,” – Muhkriz Mahathir – 22 Oktober 2022

Kerjasama ini bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tidak mencapai kemenangan pada PRU15 November depan.



Desas-desus gabungan GTA dan PN telah dihidu sejak pembubaran Parlimen namun kedua-dua pihak menafikan akan bergabung. 

Perikatan Nasional 2.0 dalam rundingan

Gabungan dalam Perikatan Nasional terdiri daripada PPBM, PAS, Gerakan, STAR dan SAPP. PAS merupakan sekutu terakhir menyertai PN selepas mereka memutuskan untuk menolak Muafakat Nasional yang diusahakan bersama Umno selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14.

Manakala itu Gerakan Tanah Air pula merupakan gabungan PEJUANG, PUTRA, BERJASA dan IMAN dan mereka melantik Tun Mahathir sebagai Pengerusi Penaja GTA.



“Saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikiran macam saya. “Kalau saya perlu me­mu­­la­kan langkah, saya akan la­kukan. Orang nak kata saya ti­dak tahu malu atau jilat ludah semula tidak memberi kesan ke­pada saya.” – Tun Mahathir – 22 Oktober 2022

Bagaimanapun dalam masa sama, Mahathir bersedia untuk bertemu Anwar Ibrahim bagi menawarkan kerjasama GTA dengan Pakatan Harapan.

GTA akhirnya membuktikan mereka merupakan ‘King Maker’ kepada kedua-dua PH dan PN bagi memenangi PRU15.

Perikatan Nasional 2.0 dalam rundingan



PN telah menamakan Muhyiddin Yassin sebagai bakal calon PM, manakala PH menamakan Anwar Ibrahim dan GTA pula mahu Mahathir diberikan peluang sekali lagi untuk membetulkan keadaan.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button