53 mangsa banjir kilat di Melaka pindah

Alor Gajah: Seramai 53 mangsa banjir membabitkan 14 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaaan (SK) Durian Tunggal di sini, selepas rumah mereka dilanda banjir kilat.

Hujan lebat berterusan sejak 6.30 petang semalam menyebabkan kediaman penduduk di empat kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dan Durian Tunggal terjejas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA), Kamarulsyah Muslim berkata, kampung itu adalah Kampung Gadek, Kampung Punggur, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai.

“Setakat ini hanya satu PPS dibuka di SK Durian Tunggal pada 11 malam tadi bagi menempatkan mangsa terdiri daripada tiga warga emas, 36 dewasa, 12 kanak-kanak dan dua bayi,” katanya dihubungi hari ini.

Selain itu, Kamarulsyah berkata, Kampung Pengkalan Rama Pantai dan Kampung Sungai Putat di kawasan Melaka Tengah, serta Batang Melaka dan Gapis di Jasin turut terjejas banjir kilat.

Bagaimanapun, katanya, tiada penduduk dipindahkan dan pihaknya melakukan pemantauan berterusan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker