Erling Haaland terus cetak gol

LONDON: Erling Haaland kembali meletakkan Manchester City di landasan kemenangan selepas menewaskan Brighton 3-1 di Stadium Etihad.

City kembali kepada rutin di Etihad dengan Haaland melebarkan jaringannya kepada 22 gol musim ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola kini hanya satu mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Penyerang Norway itu hanya gagal menjaringkan gol buat pertama kali dalam 10 perlawanan di peringkat kelab ketika kekalahan di Anfield hujung minggu lalu, tetapi dia menebusnya dengan meledak dua kali malam tadi.

Haaland membuka jaringan dengan mengutip hantaran Ederson untuk meletakkan City di depan pada minit ke-22.

Dia kemudian menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua dan ke-17 dirinya dalam kempen liga musim ini pada minit ke-43.

Leandro Trossard merapatkan jurang untuk Brighton di awal babak kedua tetapi Kevin De Bruyne mengesahkan kemenangan buat City menerusi gol minit ke-75.

“Dia (Haaland) di sini untuk menjaringkan gol. Ia baru permulaan, dia melakukan apa yang perlu dia lakukan,” kata De Bruyne.

Brighton masih belum menang di bawah kendalian bos baharu, Roberto De Zerbi.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker