Liverpool terkulai di tangan Forest

Nottingham: Nottingham Forest mengejutkan Liverpool 1-0 menerusi jaringan Taiwo Awoniyi pada babak kedua, hari ini, sekali gus menyaksikan kelab Midlands itu tidak lagi menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada ketika Liverpool yang beraksi di bawah kemampuan sebenar dan memburu kemenangan ketiga berturut-turut dalam aksi liga, Forest bermain cemerlang untuk memastikan kemenangan kedua musim ini.

Anak buah Juergen Klopp tidak dapat bersaing pada babak pertama ketika persembahan berdisiplin pemain Forest menjejaskan rentak mereka.



Forest berada di depan pada minit ke-55 apabila Awoniyi menolak masuk bola lantunan selepas percubaan awalnya terkena palang gol.

Pasukan tuan rumah jelas berbahaya menerusi serangan balas pantas dan beberapa kali memiliki peluang untuk berada di depan.

Tetapi, mereka turut terhutang budi kepada penjaga gol, Dean Henderson yang menyelamatkan beberapa percubaan termasuk tandukan jarak dekat Virgil van Dijk hasil sepakan sudut pada masa kecederaan.

Forest kekal bertahan dan kemenangan itu membolehkan mereka menduduki tangga ke-19 dengan sembilan mata daripada 12 perlawanan, iaitu satu mata di depan Leicester City.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button