Makhachev juara lightweight UFC

Abu Dhabi: Islam Makhachev muncul juara lightweight UFC selepas jaguh Rusia itu menewaskan Charles Oliveira menerusi submission pusingan kedua di Abu Dhabi semalam.

Makhachev memastikan gelaran miliknya dengan kemenangan bijak selepas ‘mengunci’ jaguh Brazil ,Oliveira yang juga pemegang rekod UFC menerusi 16 kemenangan submission.

“Saya berlatih dengan gigih untuk kejayaan ini,” kata Islam yang berusia 31 tahun. “Seluruh hidup sejak kecil, saya sudah bersedia untuk saat ini.”



Islam yang mempunyai karier 22-1 mendapat bimbingan jaguh senegara, Khabib Nurmagomedov yang dianggap petarung terhebat dalam sukan itu dan bersara dengan rekod tanpa kalah 29-0.

Islam kemudiannya memberikan tali pinggang kepada rakannya sambil menghargai jasa bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov yang melatih kedua-dua jaguh itu sebelum meninggal dunia pada 2020.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button