Saifuddin kata “tidak” kepada Mahathir , Tiada parti yang cukup akal mahu terima Mahathir.

Mahathir alami defisit kepercayaan

 Oleh Adam Malik

Kenyatan terbaru dari wakil Anwar Ibrahim , Saifuddin Nasution sudah cukup memberi pesanan bahawa Mahathir tidak diterima untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan.

Nada yang diberi oleh Saifuddin Nasution sebagai mewakili Anwar adalah lemah lembut tetapi penuh bermakna.



Dalam erti kata lain “kami sudah cukup muak dengan tipu daya kamu”. Lebih kurang itu lah maksud nya jika diteliti kenyataan Saifuddin.

Tun Mahathir didalam keadaan tersepit apabila mengira kedudukan Gerakan Tanah Air atau lebih tepatnya PEJUANG  tidak akan mendapat banyak undi dan sokongan memandangkan imej Mahathir sendiri yang dikenali ebagai anti rakyat, anti orang Melayu dan anti kebajikan.

Ini dizahirkan oleh rakyat di PRN Johor dimana Mahathir di tolak secara total di kesemua tempat yang Parti PEJUANG meletak calon.



Selain itu , PEJUANG juga hilang deposit di 42 kerusi yang ditandingi nya.

Maka, menyedari akan hal ini , Mahathir terpaksa mencari satu platform baru untuk dijadikan kuda tunggangan nya.

Lalu Parti PUTRA dan NGO  PERKASA serta beberapa NGO lain sanggup menjadi kuda Mahathir.

Kembali kepada isu diatas, dengan teguran sinis “Selamat Maju Jaya “ kepada Mahathir , maka ia boleh di intepretasi bahawa Anwar Ibrahim dan DAP menyatakan “Tidak”  kepada Mahathir.



Pakatan Harapan yang sudah pun menjadi kerajaan dimusnahkan oleh Tindakan Mahathir apabila menyerah jawatan Perdana Menteri kepada Istana dan kemudian nya dapat kepada Muhyiddin Yassin melalui ‘Sheraton Move’ yang dipercayai dirancang oleh Mahathir sendiri dengan lakonan membenci Muhyiddin dan konon nya Muhyiddin telah merampas nya.

Pada ‘stunt’ terbaru konon Mahathir mahu berkerjasama dengan Anwar , Mahathir berharap ada pihak akan memarahi Anwar kerana enggan berkerjasama dengan Mahathir melawan UMNO dan Barisan Nasional , namun ia tidak disahut oleh mana2 pihak kerana semua sudah kenal Mahathir.

Semua pihak tahu Mahathir sahaja mahu untung dan dapat habuan dan pihak lain sama ada akan kena tipu atau kena pedaya semacam janji hanya mahu jadi Perdana Menteri dua tahun sahaja.



Tambah lagi jika mana2 gabungan yang ada Mahathir, pasti Mahathir tidak akan mahu menjadi nombor dua  dan dia sahaja mahu jadi kepala.

Hatta , merugikan jika bersama Mahathir.

DAP juga enggan lagi menerima Mahathir, jika ada pemimpin DAP yang ‘gatal’ cadang Bersama Mahathir pasti akan ditolak oleh ahli bawahan.



Dengan penolakan terhadap Hasrat Mahathir oleh PH melalui Saifuddin, maka topik yang kami selalu tulis mengesahkan kenyataan kami bahawa Mahathir alami defisit kepercayaan dan tiada siapa yang cukup akal politik akan percaya dengan Mahathir.

Semua pintu tertutup untuk Mahathir , pintu yang terbuka hanya pintu mahkamah jika BN menang kerana Mahthir terlalu banyak salah guna kuasa dan seleweng yang belum berkesempatan untuk disiasat dan didakwa.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button