Maqis rampas 55 tan daging kerbau dari India

Kuantan: Sebanyak 55 tan daging kerbau tanpa tulang dari India dianggarkan bernilai RM871,000 dirampas di Pelabuhan Kuantan, di sini, hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan rampasan itu hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh Pegawai Penguat kuasa Maqis.

Katanya, pemeriksaan mendapati daging kerbau tanpa tulang yang dibawa masuk oleh syarikat tempatan itu mempunyai maklumat yang mengelirukan dalam pengimportan bahan dagangan.

“Modus operandi yang dilakukan adalah dengan mengisytiharkan maklumat permit yang tidak sama dengan sijil halal dan sijil kesihatan veterinar.



“Berikutan itu, barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM871,000 ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana memberikan maklumat yang mengelirukan dalam pengimportan di bawah akta ini.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker