Mahathir jadi “Kera sumbang” yang ketakutan , terpaksa hadapi Musuh dari dua penjuru hadapi PRU15

 

Oleh Adam Malik

PRU15 tidak akan sama dengan PRU14 kerana beberapa faktor .



Pada PRU14 Barisan Nasional dan UMNO lebih banyak berada didalam kedudukan bertahan (defensive) dari berkedudukan menyerang (offensive).

Maka, segala tomahan dan fitnah dari pihak Pakatan Harapan dan Tun Mahathir terpaksa dijawap dan dilayan.

Ketika dijawap juga tidak di endah malah berterusan menyoal dan menyerang  berulangan.

Kini , menjelang PRU15, keadaan sudah berubah.



Pakatan Harapan , Perikatan Nasional terutama nya PPBM dan PEJUANG (GTA) berada didalam kedudukan menjawap (defensive).

Terlalu banyak isu dan skandal tidak menyebelahi mereka.

Cuma , pihak BN pula tidak seberapa bijak untuk menyerang ‘all-out” dan juga menyerang bersepadu.

Namun, dalam semua situasi ini , paling tersepit ada lah Tun Mahathir.



Selain dipenuhi dengan pelbagai skandal diketahui (known scandal)  beliau juga dipenuhi dengan skandal belum terdedah yang ramai juga sudah ketahui melalui sebaran media sosial secara peribadi.

Didalam berhadapan dengan banyak skandal yang akan terdedah dan sudah terdedah , Mahathir juga tersepit kerana berhadapan dengan dua kumpulan musuh yang berbeza dari dua penjuru.

Disatu penjuru ada lah BN dan dipenjuru lagi satu adalah PH.



Maka, akibat tidak cukup kuat untuk menghadapi musuh dari dua penjuru , Mahathir cuba membida dengan  ambil Langkah pendita Tsun Zu.

Pikat satu penjuru untuk bergabung melawan penjuru lagi satu.

Mahathir memilih PH untuk minta nyawa bagi bergabung melawan BN.

Namun, sejarah menipu dan tipu daya PRU14 dimana Mahathir tidak serah jawatan Perdana Menteri kepada  Presidential Council Pakatan Harapan , sebalik nya menyerah kepada ‘trsuted leiutanant’ nya Muhyiddin Yassin membuat tiada siapa pun dari PH mempercayai lagi Tun Mahathir.



Maka, kini sudah sah lah Mahathir terpinggir sebagai kera sumbang.

Ditolak oleh semua pihak atas sebab suka menipu dan banyak tipu muslihat politik waima terhadap kumpulan kawan yang memberinya kuasa.

Duapuluh dua tahun UMNO beri Mahathir kuasa pun Mahathir sanggup hendak hancurkan UMNO apatah lagi PH yang baru dicium nya tidak sampai 3 tahun.

Kini kegagalan Mahathir untuk pedayakan Anwar Ibrahim sekali lagi menemui jalan buntu.



Anwar enggan ditipu buat kali ke3.

PH melalui Saifuddin Nasution Setia Usaha Agung PH telah menyatakan tidak akan menerima Mahathir dan mengucapkan “selamat maju jaya” kepada Mahathir.

Dalam erti Bahasa pasar “ boleh jalan lah kamu’.

Kini Mahathir terdedah terpaksa berhadapan dengan dua musuh dari dua penjuru.

PN akan mendapat petaka jika menjadikan Mahathir sebagai “poster boy” mereka.

BN dan UMNO dijangka akan mainkan api kempen dimana sesiapa sahaja Bersama Mahathir danggap mahu melindung jenayah dan penyelewengan Mahathir yang belum didedahkan kerana belum ada kesempatan.

Bersama Mahathir ada banyak kes salah guna kuasa, seleweng wang pulangan wang 1MDB , kontrek ECRL untuk kroni , campurtangan pilih hakim, lindung jenayah rasuah Zeti dan Nazlan dan banyak lagi.

Dikatakan belanja wang rakyat sejumlah RM290 bilion dalam waktu PKP juga ada ceritanya juga ketika Parlimen di tutup.

Maka , ini yang Mahathir bakal hadapi jika BN Kembali memerintah.

Di laporkan individu seperti Lokman Nor Adam , Zahid Hamidi , Ahmad Maslan , Azeez Rahim , Dr Puad Zarkashi , Asyraf Wajidi dan Isham Jalil tidak akan melepaskan Mahathir jika BN Kembali berkuasa.

Ini mengerunkan Mahathir  , menyatakah tolak UMNO kerana Rasuah hanya ploy Mahathir untuk pedaya rakyat sahaja.

Kini setelah PH tolak Mahathir , siapa pula talibarut Mahathir dalam UMNO untuk menyambut Mahathir?

Persoalan , siapa akan jadi mangsa untuk selamatkan tengkok MAHATHIR menghadapi PRU15?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button