Enam remaja mengaku salah rogol pelajar Tingkatan Dua

BACHOK: Enam remaja berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang pelajar Tingkatan Dua di Tawang antara Ogos hingga September lalu.

Pengakuan kesemua tertuduh direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.

Setiap tertuduh masing-masing didakwa dua hingga tiga pertuduhan.



Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama berusia 14 tahun 10 bulan.

Kejadian itu dilakukan di sebuah bilik di kedai makan di Jelawat, Bachok antara jam 12.30 tengah malam sehingga 2.30 pagi pada pertengahan Ogos sehingga September.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi dan kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizaidah Abdul Salam.



Terdahulu, Mohd Hakimie memohon supaya tiada jaminan ditawarkan, manakala Norizaidah pula memohon jaminan ditawarkan memandangkan kesemua tertuduh masih bersekolah dengan kebanyakan keluarga adalah orang susah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM2,000 untuk setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, dua lagi tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tiga pertuduhan merogol mangsa, tarikh dan lokasi yang sama.

Kedua-dua tertuduh berusia 18 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.



Mahkamah kemudiannya membenarkan seorang daripada tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala seorang lagi tidak dibenarkan jamin.

Mahkamah turut menetapkan 23 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button