Muhyiddin dedah sikap tamak Perikatan Nasional

Semua mahu dikawal PN

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Muhyiddin dedah sikap tamak Perikatan Nasional

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan sikap tamak parti itu semasa bercakap dalam program ceramah. Muhyiddin menggambarkan Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri sebagai ‘lemah’ kerana tidak memenuhi janji.



Muhyiddin juga mendedahkan isi kandungan ‘Perjanjian’yang heboh diperkatakan. Secara tidak langsung, sifat sebenar PN yang mahu menguasai kerajaan turut terdedah.

Ismail digambarkan sebagai seorang ‘penakut’ kerana mengikut cakap Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Muhyiddin dedah sikap tamak Perikatan Nasional

Muhyiddin sebenarnya sudah tidak ada modal untuk memperlekehkan Ismail bila kononnya Ismail tidak tahu mengurus ekonomi seperti beliau. Malah, Presiden PPBM itu menyatakan, sepatutnya Ismail menghormati beliau kerana telah berjaya menaikkan beliau sebagai PM.



Secara sinis, Muhyiddin turut bertanya kepada penonton apa hukum seseorang tidak mengikuti perjanjian.

Seeloknya Muhyiddin juga perlu menjawap apa hukumnya menjadi penyebab keruntuhan rumahtangga orang lain.

Satu perkara yang Muhyiddin lupa, beliau sepatutnya menekan ‘butang’ lebih awal sekiranya tidak berpuashati dengan cara Ismail Sabri mentadbir negara tetapi tidak berbuat demikian.

Siapa sebenarnya penakut? Muhyiddin pernah menggugut untuk berbuat demikian semasa PRN Melaka berlangsung namun sehingga berlakunya PRN Johor, Muhyiddin menggunakan alasan rakyat sebagai tembok penahan dari berbuat demikian.



Kini rakyat boleh menilai sikap tamak, rakus dan gelojoh Perikatan Nasional dalam kerajaan Keluarga Malaysia. Merekalah yang seringkali menggunakan terma ‘Perjanjian’ untuk menunggang kerajaan serta kemahuan mereka.

DNA Pakatan Harapan masih menebal dalam Perikatan Nasional dan ia terbawa sehingga hari ini. 

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button