Shila Amzah Lega Rumah Banglo Dah Dikosongkan
Makin Dilayan Makin Naik Lemak
Shila Amzah Lega Rumah Banglo Dah Dikosongkan

Nampaknya isu rumah banglo milik Shila Amzah di Hulu Langat hampir menemui penamat apabila ahli keluarga iaitu ibu dan adik-adik sudah mengosongkan rumah.
Dalam sesi live di TikTok, penyanyi ini meluahkan rasa lega dan reda dengan apa yang berlaku. Dari segi keluarga, isteri kepada pempengaruh dan Youtuber Ubai ini menganggap ‘otaknya’ sudah selesai.
Sebab kita pun kadang-kadang orang sedarah tak anggap kita sama. Dah ini rezeki kita, kena belajar ambil konsep reda.
Penyanyi lagu Patah Seribu ini juga menasihati netizen supaya tidak melayan adiknya, Amir Syafiq yang kerap ‘meratap’ di media sosial.
Katanya, jika semakin dilayan, adiknya itu akan naik lemak dan mengeruhkan lagi keadaan.
Kalian tak payah beri perhatian pada dia lagi. Kalau dia nak meratap ke, meratip ke, biarkan sahaja. Makin dilayan makin naik lemak dia nanti. Biarlah dia cari duit betul-betul.
Shahila juga menyifatkan adiknya seorang yang tak akan mengaku salah. Jadi buang masa jelah kalau bercakap dengan orang macam ni kan?
Kredit: Hib Glam
Shila Amzah Lega Rumah Banglo Dah Dikosongkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :