Wakil Rakyat ‘Bermusim’ Mula Jumpa Pengundi

KUALA LUMPUR – Pengundi diharap bukan sahaja membuat penilaian sebaiknya dalam memilih wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti malah membuat pilihan secara mendalam demi kepentingan mereka sendiri.

Ketua UMNO bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata kadang-kadang pengundi dan masyarakat hanya dijenguk sekadar musim pilihan raya semata-mata kerana hanya inginkan sokongan.

“Ini taktik biasalah… mereka datang ketika mahukan sokongan daripada rakyat pada pilihan raya semata-mata… tetapi saya kira selama dua penggal parlimen Temerloh diwakili oleh orang lain… orang luar Temerloh… kalau dia balik kampung pun dia balik ke kampung dia sendiri dan bukannya di Temerloh,” katanya. 



Beliau berkata demikian merujuk ke Parlimen Temerloh menerusi klip video yang disiarkan UMNO-Online. Pada PRU14, Parlimen Temerloh dimenangi wakil PH-PKR, Anuar Tahir dengan majoriti 1,904 undi dalam pertandingan lima penjuru 

Sharkar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO seterusnya berkata perkara tersebut adalah pengalaman untuk penduduk di kawasan tersebut.

“Jadi kita harap ini pengalaman untuk penduduk di sini… tetapi apa pun kita tidak dapat jangka ini selera pengundi sebab kadang-kadang mereka ikut parti yang mereka sukai…ada juga yang mahukan wakil rakyat yang tiada di sini



“Apa pun pada saya itu hak masing-masinglah dan kita tidak boleh nak pertikailah… tetapi yang penting pengundi perlu bijak untuk membuat penilaian,” ujarnya lagi.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button