Dua selamat, seorang hilang dibawa arus deras

Shah Alam: Aktiviti memancing bapa bersama dua anak lelaki bertukar tragedi apabila salah seorang anaknya dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika hujan renyai-renyai di Sungai Gong, Rawang, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.28 malam dan segera ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, bomba mendapati dua mangsa sudah diselamatkan oleh pemancing lain yang berada di situ.



“Siasatan mendapati, kejadian membabitkan tiga ahli keluarga hanyut ketika cuba menyeberangi sungai selepas aktiviti memancing.

“Dua mangsa berjaya diselamatkan oleh pemancing lain yang kebetulan berada di lokasi, manakala remaja lelaki berumur 16 tahun hilang dibawa arus deras,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata, dua mangsa yang diselamatkan tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa yang diselamatkan adalah Che Azmi Che Hussin, 45, dan Mohammad Faiz Iqbar Che Azmi, 15.



“Mangsa hilang adalah Muhammad Alif Fahmi Abdullah, 16, iaitu anak tiri kepada Che Azmi,” katanya.

Operasi pencarian diteruskan pada pagi ini.

metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button