Jejaki datuk untuk urusan nikah
Kuala Terengganu: “Kali terakhir emak menemui datuk kira-kira lebih 15 tahun lalu dan selepas itu kami sekeluarga tidak mendengar khabar beritanya.”
Begitu kata Puteri Siti Nur Aniena Saiful Hanafi, 20, dari Kampung Ladang, di sini, yang mengesan datuknya Hanafiah Chik, 70-an, bagi urusan pernikahannya dijangka pada Januari depan.
Menurutnya, bapanya Saiful Hanafi Hanafiah sudah meninggal dunia pada 2007, manakala ibunya Siti Hasmah Embong, 52, pula kini menderita strok.
Katanya, dia berharap sesiapa yang mengenali datuknya yang pernah menetap di Kampung Ladang dapat menyalurkan maklumat.
“Saya difahamkan datuk kini menetap di Kuantan, Pahang selepas berkahwin dengan wanita yang berasal dari negeri berkenaan.
“Ahli keluarganya sudah menjejaki datuk sejak dua tahun lalu, namun usaha itu tidak berhasil hingga sekarang,” katanya.
Katanya, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan datuknya diminta menghubunginya di di talian 01137503571.
METRO