Langkah ‘BTR’ bakal tamatkan karier Wan Azizah

Politik nomad PKR bermula

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Langkah 'BTR' bakal tamatkan karier Wan Azizah
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail

Bekas Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail telah mengumumkan akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak -BTR, pada PRU15.

Bagaimanapun, ‘Langkah BTR’ Wan Azizah dipercayai bakal menamatkan karier politik beliau berikutan kekuatan penyandang kerusi tersebut masih belum tercabar.

Wan Azizah sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Pandan, menang PRU14 dengan majoriti 52,543 undi menewaskan 4 pencabar lain. Beliau memperolehi sebanyak 64,733 undi dari 101,379 pengundi berdaftar di Pandan.

Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada era pemerintahan Pakatan Harapan, Wan Azizah tidak mempunyai rekod cemerlang sebagai Menteri.

Beliau hanya bersandarkan kedudukan sebagai isteri kepada Anwar Ibrahim bagi meraih populariti untuk menang Parlimen Pandan.

Bersifat nomad dalam politik sangat sinonim dengan Pakatan Harapan, Wan Azizah juga tidak terlepas dari sikap demikian.

Langkah 'BTR' bakal tamatkan karier Wan Azizah
Keputusan PRU14 Parlimen Pandan

Sebelum bertanding di Pandan, beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1999 sehingga 2008.

Pada 2008, Anwar Ibrahim mengambil alih Permatang Pauh dari Wan Azizah sehingga 2015.

Pada 2015, sekali lagi Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kemudiannya diserahkan kepada anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Melihat demografik pengundi BTR 2018, pengundi Melayu menguasai 61.08%, Cina 29.2%, India 8.27% dan lain-lain 1.54%.

Langkah 'BTR' bakal tamatkan karier Wan Azizah

Jumlah pengundi berdaftar di Bandar Tun Razak 2018 ialah 83,650 dan kerusi tersebut dimenangi oleh Kamarudin Jaffar yang kini menyertai Perikatan Nasional selepas melompat dari PKR pada 2020.

Kamarudin menang kerusi Pandan dengan majoriti 19,930 menewaskan 2 pencabar dari BN dan PAS. Jumlah pengundi berdaftar Pandan pada 2018 adalah 83,650. Keseluruhan undi yang diperolehi Kamarudin ialah 41,126 undi.

Wan Azizah sudah boleh merancang plan persaraan beliau selepas PRU15 kerana akan berdepan kesukaran menewaskan Kamarudin yang satu ketika merupakan ‘orang kuat’ Anwar Ibrahim.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker