Majlis Peguam desak kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat Tommy Thomas

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Majlis Peguam desak kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat Tommy Thomas

Majlis Peguam hari ini mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat Tommy Thomas berkaitan salah laku yang didedahkan Pasukan Petugas Khas.



Presiden Badan Peguam, Karen Cheah berkata, Badan tersebut bimbang dengan  penyahklasifikasian laporan mengenai dakwaan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara dalam memoir tulisannya.

Cheah berkata Badan Peguam mengambil isu mengenai keabsahan pasukan petugas itu, kerana pendekatan yang sepatutnya adalah melalui penyiasatan bebas di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja

“Pasukan petugas khas ditubuhkan oleh eksekutif, sekali gus menimbulkan isu pilih kasih dan sama ada ia boleh benar-benar bebas.” – Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah – 26 Oktober 2022

Kronologi 



  • 16 Februari 2022 – Majlis Peguam diminta mengambil bahagian dalam pasukan khas menyiasat Tommy Thomas
  • 21 Februari 2022 – Majlis Peguam membalas mereka tidak dapat beri maklum balas kepada, atau mengambil bahagian dalam pasukan khas dan tidak dapat menyertai sesi konsultasi dengan pasukan khas
  • 25 Oktober 2022 – Majlis Peguam mempersoalkan keabsahan dan kesaksamaan pasukan khas selepas siasatan selesai dan laporan dikeluarkan

Malah, Tommy Thomas sendiri enggan memberi kerjasama kepada Pasukan Khas yang menyiasat beliau.

Majlis Peguam desak kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat Tommy Thomas

Agak pelik bila Majlis Peguam secara tiba-tiba mempersoalkan laporan Pasukan Khas berkaitan Tommy Thomas.

Pasukan petugas itu melaporkan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama.



  • Dakwaan ke atas badan kehakiman
  • Pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan
  • Tindakan tidak sah, salah guna kuasa
  • Kecuaian profesional serta kenyataan berbaur hasutan.

Majlis Peguam desak kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat Tommy Thomas

Pada September, Pejabat Perdana Menteri mendedahkan bahawa Thomas akan disiasat kerana menghasut dan pelbagai kesalahan lain seperti yang disyorkan dalam laporan pasukan petugas.

Tommy Thomas dalam pada itu pernah mengakui penglibatan Zeti Aziz dalam skandal 1MDB menerusi panggilan video. 

Hal ini juga sebenarnya perlu disiasat Peguam Negara kerana difahamkan laporan berkaitan telah lama diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button