Zulpuri ‘lari’ ke Parlimen Lipis

Gagal beri khidmat di Raub

Oleh – Editor


Zulpuri 'lari' ke Parlimen Lipis

Selepas membuat onar dalam program anjuran Pakatan Harapan, Tengku Zulpuri Raja Puji ‘lari’ dan diumumkan sebagai calon DAP bagi Parlimen Lipis.

Beliau sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Raub dan bekas Timbalan Menteri Pakatan Harapan. Pernah terpalit dengan kontroversi ketika PRK Cameron Highlands kerana menyalahguna kenderaan Persekutuan, Zulpuri juga dicalonkan DAP untuk bertanding di salah satu DUN Pahang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan nama-nama calon Parlimen DAP di Pahang menerusi siaran langsung.



Selain Zulpuri, Young Syefura turut dicalonkan DAP untuk bertanding di kerusi Bentong. Beliau sebelum ini merupakan ADUN Ketari, Bentong.

Laporan polis telah dibuat terhadap Zulpuri kerana dipercayai menghina Istana Pahang dan Sultan Pahang menerusi ceramahnya di Mentakab.

Selama khidmat di Raub, Zulpuri hanya muncul sekali-sekala dan mengambil peluang sekiranya ada perkara yang memberi kelebihan kepentingan politik untuk beliau.

Zulpuri 'lari' ke Parlimen Lipis

Pemindahan Zulpuri ke Lipis dipercayai untuk menutup kelemahannya semasa menjadi Ahli Parlimen Raub. Ini merupakan amalan biasa DAP yang akan berpindah atau memindahkan calon mereka sekiranya banyak masalah berbangkit tidak diselesaikan wakil DAP di satu-satu tempat.



DAP akan dapat 1 kerusi tambahan di Lipis dengan Zulpuri Puji calonnya. Yang ini saya boleh jamin 100% kalah! – Shamsuddin Nawawi – 26 Oktober 2022

Menurut pemerhatian seorang penganalisa politik dan Peguam, Shamsudin Nawawi meramalkan Zulpuri akan kalah di Parlimen Lipis.

Pada 2018, pengundi kaum Melayu adalah 78.02%, Cina 15.64%, India 5.23% dan lain-lain 1.13% mewakili seramai 35,294 pengundi berdaftar Lipis. Bagaimanapun pada 2021, meningkat sedikit kepada 35,777 orang.

Parlimen Lipis disandang oleh Dato Abdul Rahman Mohamad pada 2018 dengan majoriti 6,569 undi.

Zulpuri pula menang Parlimen Raub dengan majoriti 3,159 undi pada PRU14. 

Adakah Lipis akan jadi destinasi terakhir karier politik Zulpuri? Segalanya akan terjawap pada 19 November nanti.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker