PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS

PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS

PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS

PAS Sabah dilaporkan akan meletakkan beberapa calon mereka di dalam PRU 15 dalam usaha mendapatkan beberapa kerusi parlimen di Sabah.

Antara kawasan parlimen yang hampir pasti untuk PAS meletakkan calon mereka ialah di parlimen Batu Sapi.

Untuk rekod, dalam PRU 14, calon PAS di parlimen Batu Sapi, Norsah Bongsu, telah kehilangan wang deposit apabila hanya mampu mendapat 948 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/12/P.185

PAS Sabah mendakwa, mereka mendapat sokongan dari NGO supaya meletakkan calon di kawasan tersebut.

Baca di sini:

https://berita.pas.org.my/pru15-muslimat-pas-sambut-baik-cadangan-ngo-cina-bertanding-di-batu-sapi/

Penulis difahamkan, selain dari parlimen Batu Sapi, PAS juga akan meletak calon di beberapa kawasan parlimen yang lain di Sabah.

Seperkara yang menarik perhatian penulis ialah, PAS tidak mempunyai sebarang kekuatan di Sabah.

Malah dalan PRN Sabah 2020, PAS tidak meletakkan sebarang calon kerana tiada keyakinan untuk memenangi sebarang kerusi DUN Sabah.

Tetapi mengapa secara tiba-tiba, PAS dikatakan mahu meletak calon di peringkat parlimen sedangkan mereka tiada keyakinan di peringkat negeri?

PAS Sabah Sedar Calon Mereka Bukan Sahaja Kalah, Malah Akan Kehilangan Duit Deposit Di Sabah

PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS

Sebenarnya PAS amat menyedari, walau pun meletakkan calon di kesemua 25 kawasan parlimen di Sabah, tidak ada satu pun calon PAS yang akan menang.

Di dalam PRU 14, PAS meletakkan 8 orang calon bagi kawasan parlimen di Sabah.

Parlimen tersebut ialah:

  1. Parlimen Kota Belud
  2. Parlimen Tuaran
  3. Parlimen Putatan
  4. Parlimen Batu Sapi
  5. Parlimen Silam
  6. Parlimen Semporna
  7. Parlimen Tawau
  8. Parlimen Kalabakan

Kesemua calon PAS bukan sahaja kalah, malah kehilangan duit deposit kerana mendapat jumlah undi yang terlalu sedikit.

Tetapi mengapa dalam PRU 15, PAS masih lagi mahu meletakkan calon mereka di kawasan parlimen Sabah?

Fungsi PAS Sabah Hanya Untuk Memecah Undi, Bukan Untuk Memenangi Sebarang Kerusi

PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS

Dalam PRU 14, ada 5 kawasan parlimen yang dimenangi dengan jumlah majoriti di bawah 1,000 undi.

Kawasan tersebut ialah:

  1. Parlimen Papar (Warisan) – majoriti 325 undi
  2. Parlimen Keningau (PSTA) – majoriti 45 undi
  3. Parlimen Kimanis (BN) – majoriti 156 undi
  4. Parlimen Sipitang (BN) – 852 undi
  5. Parlimen Libaran (BN) – 678 undi

GRS yang dipimpin oleh Hajiji sudah mencapai persetujuan untuk berkerjasama dengan BN Sabah yang dipimpin oleh Bung Mokhtar dalam PRU 15.

Ini bermakna, di kawasan parlimen yang akan ditandingi oleh BN Sabah, GRS tidak akan meletakkan sebarang calon, begitu juga sebaliknya.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-bn-grs-sedia-kerjasama-sebagai-satu-pasukan-384335

Bolehkah BN Sabah Kekalkan 10 Kerusi Parlimen Yang Di Menangi Dalam PRU 14?

PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS

Sehingga penggal ke 14 sebelum parlimen dibubarkan, BN mempunyai 10 kerusi parlimen di Sabah iaitu:

  1. Parlimen Kudat – majoriti 1,359 undi
  2. Parlimen Kota Marudu – majoriti 1,774 undi
  3. Parlimen Tuaran – majoriti 7,624 undi
  4. Parlimen Kimanis – majoriti 156 undi
  5. Parlimen Beaufort – majoriti 3,331 undi
  6. Parlimen Sipitang – majoriti 852 undi
  7. Parlimen Pensiangan – majoriti 2,314 undi
  8. Parlimen Beluran – majoriti 7,115 undi
  9. Parlimen Libaran – majoriti 678 undi
  10. Parlimen Kinabatangan – majoriti 9,478 undi

Adakah PAS akan meletakkan calon di 3 kawasan parlimen yang BN menang dengan majoriti yang rendah iaitu Kimanis, Sipitang dan Libaran.

Benar, GRS tidak akan meletakkan sebarang calon di ketiga-tiga kawasan itu.

Tetapi apabila PAS meletakkan calon, sudah pasti penyokong GRS akan memberikan undi mereka kepada calon PAS.

Kerana PAS adalah parti komponen PN di peringkat pusat.

Dan semua kerusi yang ditandingi oleh GRS Sabah, akan mendapat sokongan dari pengundi BN Sabah.

Akhirnya GRS akan membantu menambah bilangan kerusi parlimen PN, manakala BN akan kehilangan beberapa kerusi parlimen di peringkat pusat.

Naib Ketua Pemuda PPBM Sabah, Ceasar Mandela Malakun, sudah memberikan isyarat yang jelas, beliau berkata:

“Jika PAS Sabah, sebahagian daripada PN, mahu bertanding, siapa boleh halang?”

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/26/pas-gerak-solo-di-sabah/

Sekiranya ini berlaku, maka sudah hampir pasti BN akan kehilangan di ketiga-tiga kerusi parlimen tersebut.

Dan jangan lupa Muhyiddin pernah berkata, semua kerusi yang dimenangi GRS akan diisytiharkan sebagai kerusi Perikatan Nasional.

Baca di sini:

https://inisabahbah.com/muhyiddin-kemenangan-calon-grs-ialah-kemenangan-bersatu-pn/?lang=ms

Kepimpinan BN Sabah mesti berhati-hati kerana PPBM pernah mengkhianati kerjasama antara UMNO dan GRS dalam PRN Sabah.

Malah dalam pemilihan Ketua Menteri Sabah, sekali lagi BN Sabah dikhianati oleh PPBM Sabah.

Tidak ada jaminan, malah ada kemungkinan mereka akan mengulanginya dalam PRU 15 peringkat negeri Sabah.

Jangan sampai dipatuk oleh ular yang sama untuk kali kedua!!!

 

PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker