Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…

 

Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop...

Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…

Pengerusi Pakatan Harapan yang juga merupakan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, secara tiba-tiba mengaku bahawa beliau adalah orang Perak.

Penulis tidak pasti sama ada ianya dari sebelah ayah atau pun dari sebelah ibu beliau.

Menurut Anwar, beliau bukanlah orang luar negeri Perak, malah pernah menetap selama 9 tahun di Perak.



Anwar merujuk kepada 7 tahun semasa beliau menuntut di Kolej Melayu Kuala kangsar dan 2 tahun semasa berada dalam tahanan ISA.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/641083

Pengakuan Anwar sudah pasti ada kaitan dengan keputusan untuk beliau bertanding di parlimen Tambun dalam PRU 15 nanti.



Anwar dikatakan mungkin akan menimbang semula untuk bertanding di parlimen Tambun di dalam PRU 15.

Ini berikutan pandangan dari beberapa penganalisa politik yang berpendapat Anwar tidak akan mendapat laluan mudah sekiranya bertanding di parlimen Tambun.

Statistik Pengundi Tidak Menyebelahi Anwar Dan Peja Di Parlimen Tambun

Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop...

Dalam PRU 14, penyandang kerusi parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu (Peja), memenangi kerusi parlimen Tambun dengan majoriti 5,320 undi.

Beliau mendapat 38,661 undi, manakala calon BN, Ahmad Husni Hanadzlah mendapat 33,341 undi dan calon PAS, Ibrahim Zakaria mendapat 14,948 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/8/P.063

Satu-satunya kekuatan Peja adalah sebagai anak jati Tambun.

Namun kekuatan itu menjadi tandatanya apabila beliau pernah tersingkir dari jawatan Menteri Besar Perak apabila kalah dalam undi percaya di DUN Perak.

Prestasi Peja sebagai menteri besar Perak yang diselubungi pelbagai skandal boleh menjejaskan kepercayaan pengundi Tambun kepada beliau.

Malah memburukkan keadaan apabila prestasi beliau sebagai menteri Belia & Sukan juga tidak seperti yang diharapkan.

Dalam PRU 14 juga, sebahagian pengundi yang mengundi Peja adalah penyokong PKR kerana ketika itu PPBM berada dalam Pakatan Harapan.

Namun Anwar jangan lupa, penyokong PKR di parlimen Tambun hanyalah sebahagian dari jumlah pengundi yang menyokong Peja.

Jika Anwar berjaya menarik antara 20,000 ke 25,000 undi yang Peja miliki dalam PRU 14, ini bermakna Peja hanya akan mendapat 13,000 undi.

Jangan lupa, calon BN dalam PRU 14 berjaya mendapat 33,341 undi dan calon PAS cuma mendapat 14,948 undi.

Ini bermakna, sekiranya menggunakan statistik pengundi 2018, BN mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi parlimen Tambun.

Sekiranya diambil kira penambahan 30% pengundi muda dan pengundi baru di Tambun, ianya membawa penambahan kira-kira 10,000 pengundi baru.

Sekiranya Anwar berjaya mendapat 70% atau 7,000 undi dari pengundi baru, beliau hanya mampu mendapat sekitar 32,000 undi.

Ini masih lagi berada di belakang jumlah pungutan undi yang berjaya diperolehi calon BN sebelum mengambilkira penambahan undi di dalam statistik baru SPR.

Besar kemungkinan Pengerusi PH dan Timbalan Presiden PKR akan tumbang di tangan calon BN di parlimen Tambun.

Jadi tidak berbaloi Anwar mengaku sebagai orang Perak, getik teman mendengornyer yop…

 

Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker