YB Beliau Akan Bertanding Di PRU 15 Di Atas Tiket PH Melaka

YB Beliau Akan Bertanding Di PRU 15 Di Atas Tiket PH Melaka

YB Beliau Akan Bertanding Di PRU 15 Di Atas Tiket PH Melaka

Tora tora datang lagi di Melaka.

Mungkin ramai yang sudah lupa dan mungkin juga ada merindui kelibat YB Beliau @ mantan ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dari Melaka.

Dalam PRU 14, Norhizam memenangi DUN Pengkalan Batu di atas tiket DAP/PH dengan majoriti 2,756 undi.

Norhizam yang memperolehi 9,227 undi menewaskan calon BN, Chua Lian Chye yang mendapat 6,471 undi dan calon PAS, Ramli Dalip, yang mendapat 2,230 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/dun/4/N.15

Tetapi Norhizam kehilangan kerusi DUN Pengkalan Batu apabila tewas di dalam PRN Melaka yang diadakan pada tahun 2021.

Norhizam yang bertanding atas tiket BEBAS hanya mampu mendapat 1,218 undi.

Beliau tewas kepada calon BN, Kalsom Noordin yang mendapat 4,839 undi dengan majoriti 131 undi di dalam pertandingan 5 penjuru.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/mlk15/#!/dun/4/N.15

Peluang Untuk Tora Tora Kembali Beraksi

YB Beliau Akan Bertanding Di PRU 15 Di Atas Tiket PH Melaka

Persoalannya, apakah Norhizam akan bertanding sebagai calon PKR/PH di dalam PRU 15 yang akan datang.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, telah membuat kenyataan bahawa PH Melaka bersedia menerima calon payung terjun untuk memenuhi kuota calon PH bagi parlimen Melaka.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/26/ph-melaka-terbuka-terima-calon-payung-terjun/

Adakah Norhizam akan menjadi calon payung terjun bagi PH di Melaka untuk PRU 15 ini?

DUN Pengkalan Batu berada di dalam parlimen Hang Tuah Jaya dan penyandang parlimen tersebut dalam PRU 14 ialah Shamsul Iskandar dari PKR.

Shamsul dilaporkan akan beralih ke parlimen Bagan Datuk, Perak untuk PRU 15 ini.

Ini bermakna beliau akan mengosongkan parlimen Hang Tuah Jaya dan parlimen tersebut masih lagi kekal sebagai kuota untuk PKR.

Walau pun hubungan antara Norhizam dengan DAP agak tegang, tetapi beliau mempunyai hubungan yang baik dengan PKR, terutamanya Anwar Ibrahim.

Ini jelas dengan beberapa pertemuan antara beliau dan Anwar Ibrahim ketika merancang untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN di Melaka sebelum PRN Melaka.

Cuma ketika Norhizam mahu menyertai PKR dan menjadi calon PKR/PH dalam PRN Melaka, ianya telah dibantah oleh DAP.

Mungkin ini peluang kedua bagi Norhizam untuk kembali kepada PH dan menjadi calon PKR/PH untuk parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka.

Kalau ini berlaku, maka bersedialah kerana tora tora akan datang lagi di Melaka.

 

YB Beliau Akan Bertanding Di PRU 15 Di Atas Tiket PH Melaka

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker