‘Landskap’ Lorong Haji Taib kini berbeza…

Kuala Lumpur: Lorong Haji Taib, Chow Kit, di sini, yang terkenal sebagai lokasi ‘kupu-kupu malam’ sebelum ini kini berubah wajah apabila aktiviti tidak bermoral dilihat sudah makin berkurangan.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Salleh, 42, berkata landskap kawasan itu sudah berubah berbanding dikenali sebelum ini bersesuaian dengan peredaran zaman.

“Dulu tempat ini (Lorong Haji Taib) orang label sebagai sarang pelacuran ibu kota, namun kegiatan itu sudah makin berkurangan.

“Sekarang, kawasan ini nampak lebih ‘hidup’ dengan aktiviti lain terutama perniagaan termasuk restoran, kedai runcit dan lain-lain,” katanya ketika ditemui, di sini, malam tadi.



Pelanggan sebuah kedai makan yang mahu dikenali sebagai Ramli, 32, berkata dia tidak rasa malu untuk keluar makan bersama rakan di kawasan terbabit kerana keadaan sudah berbeza

“Ada tempat makan di kawasan ini menyediakan sajian yang sedap, jadi saya tidak kisah datang sini untuk keluar makan bersama rakan.

“Selain itu, kami boleh berjalan di sekitar pasar malam Chow Kit untuk membeli barang. Jadi, tidak timbul isu orang datang ke kawasan ini kerana aktiviti tidak bermoral (pelacuran),” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar lokasi berkenaan mendapati kebanyakan premis ditutup dan kawasan kaki lima sepi.



Meskipun keadaan di kawasan itu agak lengang, namun terdapat beberapa gerai kecil serta restoran yang menjalankan operasi perniagaan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker