Lim Guan Eng sombong, perlekeh PDRM

Strategi kempen PH untuk PRU15?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Lim Guan Eng sombong, perlekeh PDRM

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng semalam memperlekehkan PDRM dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial parti itu. 



Bekas Setiausaha Agung DAP itu memberi gambaran sekiranya beliau membuat laporan polis, tidak akan ada tindakan diambil pihak PDRM.

Pautan video asal – KLIK SINI

Semalam, Guan Eng membuat sidang media bagi memaklumkan tindakan saman terhadap seorang ahli politik yang memberi komen mengenai beliau ketika menjadi Menteri Kewangan.



Ahli politik tersebut menggambarkan betapa teruknya pentadbiran di Kementerian Kewangan ketika Pakatan Harapan memerintah.

Kalangan pemimpin DAP sebelum ini agak terkenal sering berselisih faham dengan pihak Polis DiRaja Malaysia. Seringkali DAP mempertikaikan kewibawaan PDRM ketika mereka menjadi pembangkang dan ia terbawa sehingga sekarang.

Amat tidak wajar bagi Lim Guan Eng mengeluarkan kata-kata sedemikian terhadap PDRM seolah tidak percaya kepada kredibiliti PDRM.

Adakah Lim Guan Eng cuba menggambarkan PDRM mengikut telunjuk atau dipengaruhi ahli politik tertentu? 



Tentu ramai masih ingat lagi sewaktu kempen PRN Johor semasa Teresa Kok berceramah. Beliau telah ‘memberi’ amaran kepada PDRM dengan nada angkuh.

Inilah perangai sebenar kepimpinan DAP yang masih lagi kekal sehingga sekarang. Jika inilah wajah Pakatan Harapan, apa yang rakyat boleh harapkan sekiranya mereka kembali menjadi kerajaan selepas PRU15?

 

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button