Mahathir ajak PH/PN benci 3 juta orang Melayu.



Oleh Adam Malik

Walaupun Mahathir beri kenyataan konon nya dia ingin melaksana kan agenda Melayu melalui parti PEJUANG , namun sebalik nya tindak tanduk Mahathir tidak seperti apa yang keluar dari mulut nya.

Benar juga kata setengah orang , jangan dengar apa yang Mahathir katakan tetapi lihat apa yang Mahathir  lakukan.

Apa yang Mahathir lakukan tidak sama denga apa yang di lafazkan, malah kontradik.



Dalam keadaan terdesak takut kan kebangkitan Barisan Nasional , Mahathir telah cuba pelbagai cara untuk halang kemaraan BN untuk Kembali ke Putrajaya sebagai kerajaan ‘legitimate’ penuh kuasa.

Mahathir terpaksa jilat kahak sendiri dan buang ego nya dengan menghulur ‘olive branch’ kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan yang pernah di pedayakan oleh nya ketika tidak tunai janji serah jawatan Perdana Menteri setelah menjawat dua tahun.

Namun , Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution telah menolak tawaran itu secara berhemah.

Tiada siapa mahu kena tipu dengan Mahathir sekali lagi.



Anwar menyatakan agenda tidak sama kerana Mahathir sekadar benci UMNO dan mahu lawan UMNO, sedangkan itu bukan matlamat Anwar dan PKR.

Matlamat Anwar dan PKR lebih dari itu dan tambah lagi Mahathir sendiri tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai sentiasa berubah ubah dan sentiasa ada sahaja alasan diberi.

Pada kenyataan terbaru , Mahathir masih berharap Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional akan berkerjasama dengan nya.

Ini kerana Mahathir tahu akibat dan mala petaka jika BN Kembali berkuasa.



Ketika ini pun Mahathir sudah bergelumang dengan masalah dan skandal hasil perbuatan nya sendiri dan bukan direka reka oleh pihak lain seperti Mahathir mencipta kes terhadap musuh politik nya.

Pendedahan campur tangan Mahathir melanggari akta perlantikan hakim dan melawan rekomen JAC , sedang dalam proses melalui kes yang bakal dihadapi oleh Peguam Negara lantikan Mahathir , Tommy Thomas.

Tommy Thomas sudah ‘spill the bean’ melalui perakuan didalam buku memoir nya “Justice in the wilderness”  bahawa memang ada campurtangan terhadap perlantikan hakim termasuk Ketua Hakim Tunku Maimon dan juga Hakim Nazlan Ghazali.

Selain skandal ini, Mahathir juga menghadapi kes menyerah Pulau Batu Puteh tanpa rujukan kepada Jemaah Menteri atau Peguam Negara.



Seolah olah takut sesuatu ugutan Singapura dan tergesa gesa pula.

Selain itu , jika kes Hakim Nazlan Ghazali dibuka Mahathir akan turut terseret sama .

Ini belum dikira kes rasuah bekas Gabenor dibuka lagi.

Maka, sebenar nya , Mahathir bukan sahaja membenci UMNO dan BN tetapi sebenar nya takut kepada UMNO dan BN.

Mahathir cuba ‘create’ naratif UMNO dan BN itu ‘jahat’ dan cuba seret pelbagai pihak membenci UMNO dan 3 juta lebih orang Melayu didalam nya.

Naratif cuba dimainkan adalah UMNO itu rasuah sedangkan 3 juta ahli nya tidak pun rasuah.

Waktu yang sama Mahathir tidak pula sebut Lim Guan Eng itu DAP dan DAP itu rasuah terowong dan Banglo serta saksi rasuah DAP dua kali mati terjun bangunan.

Mahathir juga tidak sebut parti MUDA itu pemimpin nya rasuah, ahli sedikit tapi pemimpin nya kluster mahkamah termuda.

Sambil itu Mahathir konon nya pejuangkan agenda melayu.

Ini jelas satu pembohongan besar dari Mahathir.

Maka, tidak hairan lah semua pihak tolak Mahathir dan tidak peduli dengan slogan kosong mahu laksana kan agenda Melayu dengan perkudakan PERKASA dan Parti PUTRA.

Bagaimana mahu pejuang agenda Melayu sambil membenci 3 juta lebih orang Melayu dalam UMNO? Ini belum dikira anak2 mereka lagi.

Hanya Mahathir sahaja ada jawapan kepada putar belit nya sendiri.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker