Niat jumpa rakan tak kesampaian, pelajar tingkatan 4 maut kemalangan

Niat jumpa rakan tak kesampaian, pelajar tingkatan 4 maut kemalangan

Niat jumpa rakan tak kesampaian, pelajar tingkatan 4 maut kemalangan
Keadaan motosikal ditunggangi mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Paya Luboh, Bukit Rambai. Foto ihsan IPD Melaka Tengah

Melaka: Hasrat dua pelajar untuk bertemu rakan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Paya Luboh, Bukit Rambai di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan kira-kira 4 pagi tadi semasa kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai itu dalam perjalanan dari arah Bukit Rambai menghala ke Tangga Batu untuk bertemu rakan mereka.

Menurutnya, mangsa maut adalah Muhammad Habil Ammar Mohd Haidhir, 16, manakala rakannya, Azry Akhmal Azhim Afaruzi, 17, mengalami patah bahu kiri dan luka di kaki kanan dan kiri.



“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua mangsa cuba memotong sebuah lori tangki di laluan berkenaan.

“Muhammad Habil yang menunggang Honda RS150R disyaki hilang kawalan lalu bergesel dengan Honda FS150 ditunggang Azry Akhmal sebelum merempuh sebuah lagi Honda C100 ditunggang pekerja kilang dari arah bertentangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?


“Akibat pelanggaran itu, Azry Akhmal dan pekerja kilang berusia 19 tahun yang mengalami luka peha dan buku lali dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut, manakala Muhammad Habil disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Christopher berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku di jalan lurus satu lorong dua hala dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi.



“Setakat ini, tiada saksi bebas tampil memberi keterangan lanjut berkait kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Niat jumpa rakan tak kesampaian, pelajar tingkatan 4 maut kemalangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker