Marsch sudah bosan asyik kalah



LEEDS, ENGLAND – OCTOBER 23: Leeds United manager Jesse Marsch applauds the fans after the Premier League match between Leeds United and Fulham FC at Elland Road on October 23, 2022 in Leeds, England. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

LONDON: Pengurus Leeds United, Jesse Marsch sudah cukup merasai kekalahan dalam Liga Perdana ketika mereka bersedia untuk kunjungan ke Liverpool awal pagi Ahad ini.

Leeds tewas empat aksi liga berturut-turut dan melalui lapan perlawanan tanpa kemenangan.

Pengendali berusia 48 tahun dari Amerika Syarikat itu hanya menang tujuh daripada 24 perlawanan bersama Leeds sejak mengambil alih daripada Marcelo Bielsa yang dipecat pada Februari.

“Saya tidak pernah tewas, 14 tahun sebagai pemain, 13 tahun sebagai jurulatih, saya tidak pernah tewas sebanyak ini dalam karier saya,” kata Marsch. “Saya sudah bosan dengannya dan saya cuba mencari pemain yang boleh diharapkan pada aksi tertinggi ketika ini.



“Saya sudah bosan bermain dalam perlawanan ketika kami menguasai dan dalam banyak aksi kami lebih baik berbanding lawan tetapi tidak dapat apa-apa. Saya sudah penat gagal mengambil kelebihan ketika kami adalah pasukan yang lebih bagus dan memberikan gol dengan mudah, bosan untuk mendapatkan keputusan yang sepatutnya kami dapat.”

Leeds, tanpa kemenangan sejak Ogos, berada di zon penyingkiran pada kedudukan ke-18 bersama sembilan mata daripada 11 aksi selepas tewas 3-2 kepada Fulham Ahad lalu.

Pertahanan, Stuart Dallas dan pemain tengah, Adam Forshaw akan terlepas kunjungan ke Anfield kerana kecederaan dan Marsch berkata dia mungkin akan memanggil pemain yang cergas termasuk Leo Hjelde, Joe Gelhardt, Rodrigo Moreno, Luis Sinisterra dan Tyler Adams.

“Kami akan lihat bagaimana keadaan dalam tempoh 48 jam berikutnya buat semua pemain,” kata Marsch.



Liverpool juga melalui permulaan yang mengecewakan pada musim ini dengan mereka kini di kedudukan kelapan dengan 16 mata daripada 11 perlawanan.

“Ia bukan kerana kami melihat kelemahan pada mereka (Liverpool) … kami akan membuat perancangan dan kami cuba mengikutnya dan melakukannya dengan cara terbaik supaya kami mendapat peluang terbaik dalam perlawanan,” katanya.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker