PAS Kini Mempertahankan Parti Yang Mahu Meraktifikasikan ICERD Yang Dahulunya Di Tentang

PAS Kini Mempertahankan Parti Yang Mahu Meraktifikasikan ICERD Yang Dahulunya Di Tentang

PAS Kini Mempertahankan Parti Yang Mahu Meraktifikasikan ICERD Yang Dahulunya Di Tentang

Pelik tapi benar, itulah gambaran yang dapat penulis katakan dengan sikap beberapa pemimpin utama PAS.

Pada 8 Disember 2018, terlihat kelibat beberapa pemimpin utama PAS bersama-sama dengan pemimpin UMNO serta ratusan ribu masyarakat Melayu Islam di Dataran Merdeka.

Perhimpunan pemimpin bersama rakyat dari seluruh Malaysia itu adalah untuk membantah keputusan kerajaan Pakatan Harapan  mahu meratifikasikan ICERD.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah:

  • presiden PAS, Hadi Awang
  • timb presiden PAS, Tuan Ibrahim
  • naib presiden PAS, Idris Ahmad
  • setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Ketika itu Hadi Awang berucap dengan berapi-api dan penuh semangat.

Ianya sebagai luahan kemarahan beliau kepada Pakatan Harapan dan penentangan beliau terhadap ICERD.

Dan seperti biasa, pelbagai hadis dan ayat suci Al Quran berserta terjemahan beliau bacakan di hadapan ratusan ribu rakyat yang hadir.

Untuk rekod, antara barisan menteri yang menganggotai kabinet Pakatan Harapan ketika itu ialah Muhyiddin, Azmin Ali dan Saifuddin Abdullah yang kini berada di dalam PPBM.

Manakala sebahagian yang lain kini telah menjadi pembangkang dan kekal bersama Pakatan Harapan.

Kemarahan Hadi Awang kepada Pakatan Harapan termasuk PPBM yang menjadi antara parti yang penting dalam Pakatan Harapan ketika itu boleh dikatakan berada di puncak.

Hadi Awang juga memberi amaran kepada Pakatan Harapan.

Sekiranya masih berani membawa isu ICERD ke parlimen, beliau akan kerahkan jutaan rakyat ke jalanraya sebagai bantahan.

Mungkin Hadi Awang Antara Melayu Yang Mudah Lupa

Tetapi kini Hadi Awang mungkin sudah lupa.

PPBM yang sangat beliau marah satu ketika dahulu, kini adalah parti yang beliau pertahankan dengan seluruh jiwa dan raga.

Muhyiddin yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu dan hanya diam ketika isu ICERD dibincangkan di kabinet, ditaati Hadi Awang.

Saifuddin, menteri yang bertanggungjawab menggerakkan ratifikasi ICERD ketika itu, kini disayangi seperti adik kandung.

Malah usaha sedang dijalankan untuk bersekutu pula dengan parti Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri ketika itu.

Dan sekiranya berlaku percantuman di dalam khemah besar, Hadi Awang akan membawa PAS untuk tinggal sebumbung dengan DAP, PAN dan PKR.

Mungkin betul apa yang Dr Mahathir katakan, Melayu mudah lupa.

Tetapi tidak semua Melayu mudah lupa.

UMNO tidak pernah lupa perjuangan dan pengorbanan bangsa Melayu untuk negara tercinta ini.

PAS Kini Mempertahankan Parti Yang Mahu Meraktifikasikan ICERD Yang Dahulunya Di Tentang

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker