Pemandu rentung kereta terbakar

Kabong: Seorang pemandu ditemukan rentung dalam kebakaran kereta di Jalan Nyabor di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, Muhd Shukur Jamaluddin berkata,

pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.01 malam dengan menggerakkan tiga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tujuh anggota Light Fire Rescue Tender (LFRT) ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati sebuah kereta jenis KIA Sorento terbakar 100 peratus.



“Hasil pemeriksaan lanjut pasukan Bomba mendapati terdapat seorang mangsa berada di tempat duduk pemandu kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, pasukan pemadam menggunakan satu aliran salur bantu mula dan buih bagi memadam kebakaran terbabit.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.42 malam, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 11.50 malam,

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mordani Tanin berkata, setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dipastikan lagi dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes itu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker