ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya

ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya

ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya

8 Disember 2018, tercatat di dalam lembaran sejarah negara apabila ratusan ribu, malah ada yang menganggarkan lebih dari 1 juta masyarakat Melayu Islam berhimpun di Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu adalah untuk membantah keputusan kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah ketika itu mahu meratifikasikan ICERD.

Baca di sini:

http://theunspinners.blogspot.com/2018/12/pdrm-anggarkan-lebih-197-juta-rakyat.html

Perhimpunan membantah ratifikasi ICERD itu juga menjadi titik permulaan kerjasama politik antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO dan PAS.

Untuk rekod, ketika itu Dr Mahathir adalah perdana menteri, manakala Muhyiddin Md Yasin pula adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri di era Pakatan Harapan.

Dan semua ahli politik yang berada di dalam Pakatan Harapan sekarang merupakan pemimpin yang sama telah bersetuju untuk meraktifikasikan ICERD ketika itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu, DAP sebenarnya adalah parti yang mahu supaya Malaysia meratifikasikan ICERD.

Baca di sini:

https://theunspinners.blogspot.com/2018/11/jelas-dap-cuba-gunakan-tekanan.html

Perjuangan The Malaysian Malaysia DAP Tidak Pernah Akan Padam

Ianya selaras dengan slogan perjuangan mereka, The Malaysian Malaysia.

Kononnya memperjuangkan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Bertopengkan perjuangan hak sama rata rakyat Malaysia, DAP sebenarnya mahu menghapuskan keistimewaan bangsa Melayu yang dilindungi di dalam perlembagaan.

4 perkara asas yang tidak boleh diubah tanpa persetujuan Raja Raja Melayu.

Walau pun mendapat persetujuan sebulat suara dari semua ahli parlimen.

Perkara itu adalah:

  • Kedudukan Islam sebagai agama rasmi
  • Kedudukan Raja Raja Melayu,
  • Hak dan keistimewaan bangsa Melayu
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan.

Namun sekiranya ICERD berjaya diratifikasi ketika itu, maka Malaysia akan berhadapan dengan tekanan negara luar yang telah meratifikasi triniti yang sama.

Sebagaimana DAP telah menggunakan Dr Mahathir sebagai boneka untuk menjayakan agenda mereka.

Cara yang sama digunakan ke atas pemimpin Melayu di dalam Pakatan Harapan.

Perancangan DAP menjadi lebih mudah, apabila wujudnya beberapa pemimpin Melayu yang berfikiran liberal di dalam Pakatan Harapan ketika itu seperti Saifuddin Abdullah.

Saifuddin Abdullah yang menjadi Menteri Luar Negara ketika itu telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan agenda DAP.

Kini, penyatuan parti politik yang mempunyai DNA Pakatan Harapan sedang usahakan untuk kembali mendapat kuasa di Putrajaya.

Saifuddin, Muhyiddin, Khalid Samad, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Anthony Loke, Tony Phua dan ramai lagi barisan menteri kabinet Pakatan Harapan akan kembali merayu undi dari rakyat.

Sekiranya penyatuan itu berjaya dan kuasa kembali kepada mereka, percayalah, ICERD pasti akan diratifikasikan!!!

 

ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker