145 mangsa banjir di Melaka masih di PPS

Melaka: Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah dan Melaka Tengah berkurangan kepada 145 orang daripada 37 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 146 orang daripada 41 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan di Alor Gajah, PPS Balai Raya Kampung Gadek menempatkan 24 orang daripada sembilan keluarga manakala PPS Balai Raya Kampung Belimbing menempatkan 21 orang daripada tujuh keluarga.

“Di Melaka Tengah pula, PPS Sekolah Kebangsaan Krubong menempatkan 100 orang daripada 21 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker