149 terbunuh rempuhan hari Halloween di Seoul

149 terbunuh rempuhan hari Halloween di Seoul

149 terbunuh rempuhan hari Halloween di Seoul

SEOUL: Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh dalam insiden rempuhan ketika sambutan hari Halloween di kawasan hiburan dan kelab malam di Seoul malam tadi.

Ketua Balai Bomba Yongsan, Choi Sung-beom mengesahkan lebih 150 lagi turut cedera ketika orang ramai berpusu-pusu untuk melihat persembahan di kawasan lorong sempit di daerah Itaewon.

“Ramai daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan serius dan menerima rawatan kecemasan,” kata pegawai itu.

Sambutan tersebut merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik sekatan ekoran Covid-19 dan penjarakan sosial.

Ramai peserta pesta yang memakai topeng dan kostum Halloween.

Sambutan bertukar tragedi selepas kawasan sempit itu menerima jumlah pengunjung luar biasa menyebabkan orang ramai cedera akibat terjatuh, ditolak dan dipijak.

Pihak berkuasa berkata mereka sedang menyiasat punca sebenar kejadian.

Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

149 terbunuh rempuhan hari Halloween di Seoul

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker