Anggota bomba terbabit seludup ketum akan dikenakan tindakan tegas

Anggota bomba terbabit seludup ketum akan dikenakan tindakan tegas
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Ariffin (kanan) bersama pegawainya menunjukkan daun ketum yang dirampas dalam kenderaan yang diubah suai menyerupai van bomba pada sidang media di IPD Jeli hari ini.

Anggota bomba terbabit seludup ketum akan dikenakan tindakan tegas

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan tidak akan berkompromi dengan anggotanya yang terbabit dengan penyeludupan daun ketum menggunakan van yang diubahsuai menggunakan logo dan warna jabatan itu.

Pengarahnya, Jainal @ Zainal Madasin, berkata pihaknya menunggu hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum mengambil tindakan sewajarnya dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau menegaskan, van yang digunakan dalam kegiatan itu bukan aset JBPM, selain dimaklumkan nombor enjin juga berkait dengan kes kecurian lori yang dilaporkan hilang di Sri Alam, Johor, pada 2013.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan sebegini. Ia adalah bukti JBPM mementingkan etika dalam penugasan, selain membawa nama baik jabatan dalam apa keadaan sekali pun.

“Selain itu, ingin saya tekankan di sini bahawa setiap logistik milik jabatan adalah yang berdaftar dan tidak boleh diguna sewenang-wenangnya kecuali untuk tujuan tugasan sahaja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Setiap pegawai dan anggota sentiasa diterapkan dengan jati diri yang terbaik sebagai penjawat awam, namun jika ada yang masih membuat masalah adalah wajib menerima tindakan setimpal,” katanya di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, dua lelaki termasuk seorang anggota bomba membawa muatan 850 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM8,500 menggunakan van yang diubah suai menyerupai kenderaan JBPM.

Tindakan dua lelaki berusia 29 dan 35 tahun itu dikesan polis ketika mereka melalui sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang di sini, pada Khamis lalu.

Zainal berkata, kegiatan yang dilakukan anggota itu bukan dalam waktu tugas, selain menyalah guna logo jabatan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Kami akan terus teguh menjadi sebuah pasukan yang beretika dan berdisiplin dalam membantu masyarakat serta memastikan agar tiada lagi anggota yang melakukan kesalahan sebegini.

“Imej baik sebagai anggota bomba adalah tanggungjawab setiap individu yang berada dalam jabatan ini, malah ia sentiasa diingatkan dengan tegas,” katanya.

Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

Anggota bomba terbabit seludup ketum akan dikenakan tindakan tegas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker