Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

Mahkamah tidak boleh hadir, Majlis lain boleh?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Zeti perlu dikenakan tindakan kerana menipu 'cuti sakit'

Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara dan saksi utama kes 1MDB perlu dikenakan tindakan tegas kerana ‘cuti sakit’.

Beliau mengelak dari menghadiri sebutan kes 1MDB dengan alasan muntah, demam dan vertigo, sebaliknya boleh tampil dalam satu majlis lain.

Mengikut rekod yang ada dalam laporan berita, Zeti diberikan ‘cuti sakit’ selama 2 hari bermula dari 24 November 2022.

Zeti perlu dikenakan tindakan kerana menipu 'cuti sakit'

Namun sehingga kini, Zeti tidak tampil di Mahkamah untuk memberi keterangan di kandang saksi. Alasan yang diberikan masih sama, ‘cuti sakit’.

Jika dihitung keseluruhan ‘cuti sakit’ yang diperolehi Zeti sehingga kini berjumlah 23 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Also present at the event were Ungku Aziz’s daughter and former Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz – Laporan The Star – 15/12/2022

Bagaimana Zeti atau pihak pendakwaan mahu menjelaskan kehadiran beliau dalam satu majlis pada 15 Disember 2022?

“Saya menerima pesanan teks daripada pegawai penyiasat (IO) sekitar 11.56 pagi ini memaklumkan bahawa Tan Sri Zeti yang sebelum ini saya maklumkan akan datang esok, telah memaklumkan melalui peguamnya kepada IO bahawa beliau tidak sihat dan mendapat cuti sakit selama dua hari,” – Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Ikram – Laporan Astro Awani -23/11/2022

Adakah Zeti benar-benar sakit dan layak untuk diberikan ‘cuti sakit’ atau beliau hanya ‘sakit’ apabila dipanggil ke Mahkamah sebagai saksi utama?

Mungkin pihak Peguambela boleh melihat secara serius perkara ini dan memikirkan satu tindakan sesuai untuk diajukan ke Mahkamah sekiranya Zeti hanya ‘sakit’ bila dipanggil ke Mahkamah.

Zeti sebelum ini dikenalpasti mempunyai hubungan baik dengan ahli perniagaan dalam pelarian, Jho Low menurut bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Tommy juga mengaitkan Zeti dengan skandal 1MDB menerusi panggilan video.

Persoalannya, sampai bila Zeti akan menikmati ‘cuti sakit’?

 

 

 

Related Articles

One Comment

  1. Kemajuan teknologi telah memberi impak kepada ekonomi kini. Kemudahan internet bukan sahaja memudahkan manusia untuk berkomunikasi tetapi membantu peniaga untuk mengembangkan lagi bisnes.

    Nak tahu apa itu perniagaan dalam talian?

    Jom baca artikel sampai habis!

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker