Erdogan bangga dengan Angkasawan pertama Turkiye

 

Oleh Pena Merah

Erdogan bangga dengan Angkasawan pertama Turkiye
Alper Gezeravci angkasawan pertama Turkiye

Apabila angkasawan pertama Turkiye meluncur ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) hari ini, dia melambangkan kebanggaan negaranya dan melunaskan cita-cita geopolitik Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Alper Gezeravci, seorang juruterbang pejuang berusia 43 tahun dan kolonel dalam tentera udara Turki dijangka berlepas hari ini dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk menyelesaikan misi dua minggu.

Dia akan menyertai angkasawan Sweden, Itali dan Sepanyol menaiki pesawat ulang-alik yang disediakan oleh syarikat swasta, Axiom Space yang akan menjalankan penerbangan ketiganya di bawah perkongsian dengan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).



Erdogan menunjukkan minat yang mendalam dalam misi itu yang datang dengan latar belakang krisis ekonomi yang meruncing, pengaruh terhad pemimpin Turkiye itu dalam acara dunia termasuk peperangan di Gaza dan Ukraine.

Erdogan mempersembahkan Gezeravci kepada rakyat Turkiye menjelang pemilihan semula tahun lalu, menggelar veteran tentera udara yang berkhidmat selama 21 tahun itu sebagai juruterbang Turkiye yang heroik.

“Kami melihatnya sebagai simbol baharu Turkiye yang semakin berkembang, lebih kuat dan tegas,” kata Erdogan mengenai misi angkasa lepas berkenaan.

Bekas diplomat dan penyelidik kanan di Carnegie Europe, Marc Pierini berkata, penerbangan Gezeravci menggambarkan kecemerlangan Turkiye dalam bidang aeroangkasa yang termasuk penciptaan syarikat dron tempur terkemuka dunia.



Tetapi, tambah Pierini, ia mengatakan sedikit tentang peranan Turki dalam hal ehwal dunia.

“Ia tidak ada kaitan dengan keupayaan Turkiye untuk menjadi pelakon yang boleh mempengaruh agenda politik global.

“Turun naik dalam dasar luar Turkiye tidak mewujudkan harapan untuk Ankara mempunyai peranan utama di persada antarabangsa,” ” kata Pierini.-AFP

​-Utusan-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker