Harimau Malaya ‘uji’ Syria di China

Harimau Malaya ‘uji’ Syria di China

Harimau Malaya ‘uji’ Syria di China
Harimau Malaya ketika ini berada di kedudukan ranking ke-136 dunia. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya akan ‘berkampung’ di China apabila sah menentang negara tuan rumah selain Syria pada aksi persahabatan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), September depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pasukan senior kendalian Kim Pan-gon akan menguji Syria pada 6 September dan China berselang tiga hari kemudian.

“Skuad Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September 2023, kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.



“Berdasarkan Ranking FIFA terbaharu yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara Syria di kedudukan ke-94 dunia dan China di kedudukan ke-80 dunia.

“Pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama di antara pihak pengurusan bersama Pan-gon sendiri selepas majlis undian Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, minggu lepas,” katanya dalam satu kenyataan.

Skuad kebangsaaan kini dalam fasa persiapan terakhir sebelum mengharungi kempen Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar pada Januari depan.

Harimau Malaya ‘uji’ Syria di China



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button