Leeds lega, Liverpool makin sukar

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengakui Liverpool meletakkan bola sepak Liga Juara-Juara musim depan dalam risiko berikutan permulaan buruk selepas Leeds melakukan kejutan di Anfield menerusi kemenangan 2-1 sebentar tadi.

Gol Crysencio Summerville pada minit ke-89 memberikan skuad Reds kekalahan liga pertama di laman sendiri sejak April 2017.

Liverpool kini tewas dua kali dalam 12 aksi pertama liga musim ini.



Skuad kendalian Klopp kini 13 mata di belakang Manchester City yang menghuni tangga teratas liga dan lapan mata ketinggalan di belakang empat pasukan utama.

“Kami tidak boleh layak ke Liga Juara-Juara jika anda bermain tidak konsisten seperti yang kami lakukan ketika ini,” kata Klopp. “Kami perlu perbaikinya dan kemudian semuanya boleh dilakukan.”

Buat kali kedua dalam seminggu, Liverpool ditewaskan oleh pasukan yang memulakan aksi di zon penyingkiran.

Klopp sekali lagi menyalahkan pasukannya yang bergelut musim ini kerana kecederaan dan jadual padat bagi memberi laluan untuk Piala Dunia.



“Situasinya seperti ini. Tiada alasan tetapi kami ada masalah sejak hari pertama kerana kecederaan atau pemain yang hanya separuh cergas. Sebahagiannya bermain terlalu kerap, yang lain bermain terlalu awal (selepas cedera).

“Kini bukanlah masa untuk menukarnya, tetapi anda perlu bertarung untuk melepasinya, untuk mendapatkan rentak dan keyakinan.”

Leeds memulakan aksi di tangga kedua terbawah tetapi mendaki keluar daripada zon penyingkiran hasil kemenangan pertama dalam sembilan perlawanan.

Aksi tanpa kemenangan membuatkan Jesse Marsch bertarung untuk menyelamatkan tugasnya.



“Semua orang bercakap mengenai perancangan untuk memecat saya, tetapi ahli majlis dan saya terus bersatu,” kata pengendali dari Amerika Syarikat itu.

“Saya rasa kami sepatutnya tidak berada dalam situasi yang kami berada kini, tapi itulah yang terjadi.

“Saya cuba tenang, tapi saya juga cuba memberi tekanan. Pemain banyak meningkat hari ini.”

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker gagal meyelamatkan hantaran ke belakang Joe Gomez yang memberikan peluang buat Rodrigo menyudahkannya ke gawang.



Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Mohamed Salah menyamakan kedudukan bersama jaringan ketujuhnya dalam lima aksi hasil hantaran Andy Robertson pada minit ke-14.

Namun Summerville menampilkan saat yang hebat untuk mendapatkan tiga mata yang akan menjadi hari yang tidak dapat dilupakan pemain itu yang akan menyambut uang tahun kelahiran ke-21 esok.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button