F1: Tiada tanda Max redakan prestasi

F1: Tiada tanda Max redakan prestasi

F1: Tiada tanda Max redakan prestasi
VERSTAPPEN berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya apabila muncul pelumba paling pantas pada hari pertama sesi ujian pramusim di Bahrain kelmarin. – AFP

SAKHIR – Juara dunia tiga kali, Max Verstappen seakan memberikan harapan tipis kepada para pencabarnya untuk saingan musim baharu Formula Satu (F1) apabila mendominasi hari pertama ujian pramusim di Litar Antarabangsa Bahrain kelmarin.

Pelumba Red Bull Racing itu berjaya melakukan catatan masa lebih satu saat kepantasan berbanding pencabarnya, Lando Norris yang mengemudi McLaren, manakala pelumba Ferrari, Carlos Sainz di kedudukan ketiga.

“Saya sangat gembira apabila dapat kembali ke litar dan mengemudi jentera F1 dan saya sangat menikmati apa yang kami lakukan ketika ini.

“Kami cuba untuk membuat sebanyak mungkin pusingan dan mencuba pelbagai komponen baharu pada jentera. Ia suatu yang sangat penting untuk mendapatkan data-data mustahak dan saya gembira ia berjalan dengan baik,” kata Verstappen.

Keputusan hari pertama sesi ujian pramusim itu meredakan tekanan di kem Red Bull yang dilanda isu siasatan ke atas ketua pasukan mereka, Christian Horner yang berdepan dakwaan bertindak di luar batasan ke atas salah seorang staf wanita pasukan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong


Horner terpaks melalui proses siasatan selama lapan jam dalam proses pendengaran secara tertutup di London pada awal bulan ini selepas media di Belanda mendedahkan perkara itu selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 50 tahun itu.

Bagaimanapun, Horner mengesahkan bahawa beliau tidak memikirkan pertimbangan mengenai peletakan jawatan ekoran isu tersebut dan percaya fokusnya terhadap musim baharu tidak berubah. – AGENSI

 

F1: Tiada tanda Max redakan prestasi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker