Gol sendiri dari jarak 48 meter

Paderborn: Pertahanan VfB Stuttgart, Konstantinos Mavropanos membuatkan rakan-sepasukannya tergamam selepas menjaringkan gol sendiri dari jarak 48 meter akibat melakukan hantaran ke belakang dalam perlawanan Piala Jerman menentang pasukan divisyen dua, Paderborn.

Pemain yang dipinjamkan dari Arsenal itu melakukan hantaran dari tepi garisan untuk menumpaskan penjaga golnya, Florian Mueller sebaik mendapat bola daripada lontaran ke dalam pada minit keempat.

Persekutuan Bola Sepak Jerman menulis di Twitter itu adalah jarak paling jauh untuk gol sendiri dalam sejarah pertandingan.

Bagi melegakan Mavropanos, Stuttgart bangkit dengan gol lewat daripada Gil Dias dan Serhou Guirassy untuk menang 2-1 dan mara ke suku akhir.

“Ia adalah permulaan yang tidak dapat dilupakan dengan gol sendiri. Kejutan sebenar. Konstantinos akan memberitahu cucunya mengenainya,” kata pengarah sukan Stuttgart, Fabian Wohlgemuth kepada Sky TV.

Reuters

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker