Noorkhiriah Terima Trofi Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik – ASA2022

“Tak Sangka Menang…,”

Noorkhiriah Terima Trofi Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik - ASA2022

Noorkhiriah Terima Trofi Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik – ASA2022

Tahniah diucapkan kepada pelakon versatil, Nurkhiriah yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik Seri Angkasa 2022 (ASA 2022), malam pertama, pada Sabtu.

Tidak jangka akan kemenangan berpihak kepadanya, Noorkhiriah memenangi kategori tersebut menerusi drama Madu siaran TV Okey.

“Saya bermula daripada RTM. Jadi sudah tentu saya mengharapkan menang di ASA. Sebelum ini saya pernah dapat anugerah di ABP dan Anugerah Skrin.

“Cuma untuk filem belum ada rezeki. Kalau kategori TV bagi saya sudah lengkap, Alhamdulillah. Jujurnya saya tak sangka menang sebab persaingan memang sengit.

“Drama Madu kami shooting sebelum pandemik COVID-19. Saya ingat orang lain menang, tapi dengan izin Allah saya menang,” katanya.

Noorkhiriah pada masa sama optimis untuk terus berjuang dalam bidang lakonan yang sudah sebati dengan diri.

“Saya tidak akan menolak selagi mana saya diperlukan. Lagi pun itu (lakonan) adalah kerja saya. Saya pun nak bantu suami, dan bukannya untuk saya seorang. Jadi saya terima saja (tawarkan berlakon).


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Cuma kalau boleh saya harap selang seli. Kadang-kadang kita rindu watak berat. Kadang-kadang kita rindu untuk watak kelakar,” katanya lagi yang turut selektif.

“Tak Sangka Menang…,” – ASA2022; Noorkhiriah Terima Trofi Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik

Berkongsi rahsia kejayaannya hingga berada pada tahap sekarang, Noorkhiriah menyifatkan keikhlsan dalam bekerja cukup penting.

“Saya tiada apa-apa rahsia. Bagi saya kena ikhlas dalam bekerja. Bila ikhlas, kita jangan nak fikir menang anugerah. Ia akan datang sendiri.

“Kalau bekerja kerana anugerah, memang kita akan kecewa sekiranya tak jadi kenyataan. Apabila kerja kerana amanah, ia (anugerah) akan datang kepada kita,” tambahnya lagi.

Sementara itu pada malam pertama penganjuran, ASA 2022 dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Adam, Nikki Palikat, Salma Asis, Idayu, Azlan & The Typewriter, Naqiu dan ramai lagi.

Dibariskan senarai lengkap penerima anugerah pada malam pertama acara kemuncak;

Anugerah Promo Radio Terbaik – Promo Pentas (Best FM)

Pengulas Radio Terbaik – Rosdi Omar (Nasional FM)

Penyampai Berita Radio Terbaik – Tan Xin Rui (988)

Buletin Radio Terbaik – Utama Waktu Ini (Bernama Radio)

Liputan Berita Radio Terbaik – Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong  (Bernama Radio)

Drama Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Kampung Malar Deepavali (Astro Gempak)

Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Syawal Pertama (Asyik FM)

Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – YouTube Buletin TV3

Majalah Radio Terbaik – Untukmu Malaysia (Nasional FM)

Dokumentari Radio Terbaik – Cabaran Pendidikan Norma Baharu (Nasional FM)

Bicarawara Radio Terbaik – Mukjizat Teragung (Salam FM)

Rancangan Interaktif Radio Terbaik – Dondang Sayang Warisan (Melaka FM)

Rancangan Agama Radio Terbaik – Tanyalah Ustaz Suffan (Sandakan FM)

Pelakon Pembantu Lelaki  Radio Terbaik – Sofi Jikan (Nasional FM)

Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik – Kuna Muzani. Drama: Prihatin Tandanya Sayang (Selangor FM)


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Set TV Terbaik – Mohamad Izwan Munshid – Halaqah 2020 (TV3)

Tatarias TV Terbaik – Azri Haji Seman – Yang Tersembunyi (TV Okey)

Grafik TV Terbaik – Muhammad Aqil Aiman – Imbauan 2020 (TV9)

Kesan Khas TV Terbaik – Tuan Nazraififie Abdul Rahman – Halaqah 2021 (TV3)

Pengulas TV Terbaik – Rasdi Jumaat – Laporan  Harian Sukan Olimpik Tokyo 2020  (TV Okey)

Liputan Berita TV Terbaik – Faris Izzat Shahrudin & Andy Reza Rohadian (RTM)

Laporan Khas Berita TV Terbaik – Kajang Bypas : Lebih Raya Atau Pusara – Mohammad Hilmi Hj. Ab Malik (Astro Awani)

Promo TV Terbaik – Lagu Cinta Kita 3 – Ahmad Shahril Osman (TV3)

Montaj TV Terbaik – Fatkhul Aarif Hilaluddin –  Berita Perdana (RTM)

Suntingan Rancangan TV Terbaik –  Izhar Masuri  – Capa Rengat Gulai Rawo (TV1 RTM)

Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik – Ustaz Kartun Dan Robojim (TV Al-Hijrah)

Animasi Tempatan TV Terbaik – The Five Elves: A New World (Astro Xiao Tai Yang)

Candawara (Gameshow) TV Terbaik – Panggung Memori  (Astro Warna)

Rancangan Realiti TV Terbaik – Hijrahkan Laguku (TV Al Hijrah)

Bicarawara TV Terbaik – Lambaian Tidak Kesampaian (TV3)

Rancangan Agama TV Terbaik – Al Qariah (TV Al Hijrah)

Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik – Phua Chandler- Howdy My Friends (Astro Xiao Tai Yang)

Pelakon Komedi TV Terbaik – Noorkhiriah -Madu (TV Okey)

Rancangan Sukan TV Terbaik – Aksi -Episod 1 (TV1)

Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik – Hilal Azman – Amanat (TV3)

Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik – Nabila Huda – Jeti (TV3)

Drama Bersiri TV Terbaik – Dukun Diva (Astro Citra)

Anugerah Khas Juri  – Halaqah (episod 7) : Bencana Muahasabahkah kita?

PKR bergelora, konflik pemilihan calon

Noorkhiriah Terima Trofi Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


PKR bergelora, konflik pemilihan calon

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker