Pemilik butik pengantin tipu pelanggan ditahan

Pemilik butik pengantin tipu pelanggan ditahan
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pemilik butik pengantin yang dikesan polis bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes penipuan pakej perkahwinan berjaya ditahan di Hentian Plaza Tol Bentong arah barat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata suspek berusia 28 tahun ditahan kira-kira jam 9.30 malam hasil maklumat diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

“Lelaki itu adalah suspek utama yang dicari polis berkaitan kes penipuan pakej perkahwinan di daerah Bentong dengan tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini direman empat hari sehingga 1 November ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Zaiham dalam satu kenyataan pada Khamis lalu, memaklumkan suspek dicari selepas polis menerima dua aduan berkaitan penipuan pakej perkahwinan ditawarkan syarikat milik suspek membabitkan kerugian RM20,900.

Katanya, dua mangsa masing-masing ibu pengantin berusia 57 tahun dan pengantin berusia 28 tahun mendakwa terpedaya selepas melihat iklan pakej perkahwinan yang ditawarkan melalui Facebook.

“Antara pakej ditawarkan termasuk set pelamin, baju pengantin, pakej solekan, jurugambar, khemah dan katering.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Suspek menyasarkan pasangan yang ingin berkahwin di daerah Bentong, Pahang. Selepas bersetuju untuk mengambil pakej ditawarkan, mangsa diminta datang berjumpa suspek untuk berunding dan meminta bayaran penuh bagi pakej yang ditempah.

“Selepas mangsa membuat pembayaran penuh atas nama syarikat suspek, suspek terus menghilangkan diri,” katanya.

Zaiham berkata, siasatan awal mendapati syarikat itu wujud dan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bagaimanapun lokasi butik pengantin dikenal pasti di bandar Bentong didapati sudah tidak beroperasi.

 

Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

Pemilik butik pengantin tipu pelanggan ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker