Resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah
Resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah yang sangat sedap dan memang antara menu kegemaran Che Nom.

Mee digoreng supaya sedikit berkuah tanpa dimasukkan telur. Bahan-bahan lain boleh ditambah mengikut selera masing-masing dan kali ini Che Nom gunakan seafood iaitu udang dan sotong sahaja. Boleh juga gantikan dengan ayam dan daging.

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • hirisan kek ikan
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • kicap manis secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 7-8 ekor udang, buang kepala
  • 3 ekor sotong
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji tomato, potong 8
  • 1 mangkuk air rebusan kulit udang
  • batang sawi
  • sayur daun sawi
  • taugeh
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • bawang goreng
    • hirisan daun bawang
    • hirisan cili merah
    • limau kasturi atau limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air, celur mee kuning dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar dan masak cili sehingga garing.
  4. Masukkan kek ikan, sos cili, kicap manis, sos tiram, udang, sotong, lada sulah, tomato, sedikit air rebusan kulit udang dan batang sawi.
  5. Masukkan pula mee kuning, sayur daun sawi dan taugeh. Boleh tambah sos cili dan kicap lagi jika suka.
  6. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan limau kasturi.

Tip:

  • Tak perlu masukkan garam dan gula kerana rasa masin dan manis sudah cukup dari kicap, sos dan bahan-bahan lain.

 

Nenek sempat masak nasi goreng kegemaran arwah



Resepi Mee Goreng Basah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button