Tiada keperluan ‘kerusi tradisi’ dalam BN

Perlu lihat kemampuan calon dan pola pengundi

Oleh – Bakhtiar Omar


Tiada keperluan 'kerusi tradisi' dalam BN

Pada Pilihanraya Umum Ke-15, sudah sampai masanya istilah ‘kerusi tradisi’ tidak lagi digunakan BN dalam pemilihan calon Parlimen. Ini bagi mengelakkan perbalahan dalaman yang memberi imej tidak baik untuk BN.



Sepertimana yang istilah ‘WALI’ yang digunakan Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi, penentuan calon juga perlu melihat kepada pola pengundi.

Pengertian istilah WALI

  • W – winnability – kebolehmenangan
  • A – acceptibility – kebolehterimaan
  • LI – likeability – disenangi, disukai

Sekiranya difikirkan kawasan yang mempunyai lebih atau setara peratusan pengundi antara kaum, selayaknya calon perlu dipilih dari komponen yang mempunyai kelebihan mempengaruhi pengundi.

Perbalahan berkaitan meletakkan calon merupakan sesuatu yang terlalu lazim berlaku setiap kali berlaku Pilihanraya. Namun, pada PRU15, rakyat enggan lagi menerima siapa sahaja yang dicalonkan parti sebaliknya mereka mahukan perubahan yang boleh dibawa oleh calon.



Tiada keperluan 'kerusi tradisi' dalam BN

BARISAN NASIONAL TIDAK BOLEH KEKAL GAYA POLITIK LAMA

Selepas PRU14, BN tidak lagi boleh terus kekal dengan gaya lama politik kerana kini semua maklumat berada di hujung jari rakyat.

Apa sahaja maklumat peribadi seseorang calon sangat mudah diperolehi menersui pelbagai medium.

Begitu juga apabila pengundi membuat perbandingan antara calon-calon yang bertanding.



Mereka mahukan idea segar yang membantu rakyat serta tidak bersikap dingin kepada pengundi selepas menang. Hanya kembali bermesra dengan pengundi apabila tiba musim Pilihanraya.

Tiada keperluan 'kerusi tradisi' dalam BN

Mood pengundi yang mahu membantu kemenangan seseorang calon jangan di’matikan’ dengan meletakkan calon ‘payung terjun’ atau calon yang hanya datang ‘cuci kaki’ di sesuatu kawasan.

Jentera BN perlu seimbang dan bukan hanya berharap kepada satu pihak sahaja manakala ‘calon payung terjun’ hadir seolah ‘towkey besar’ melawat kilang.



Komponen BN juga perlu memberi kerjasama yang baik dan bukan meletakkan syarat tertentu sekiranya calon mereka tidak terpilih dalam PRU15.

Politik ‘ugut’ sudah lapuk dan sewajarnya tidak lagi digunakan kononnya sesuatu kerusi itu adalah ‘kerusi tradisi’ dan pihak lain dari komponen tidak boleh bertanding menggantikan tempat mereka.

Cukuplah 22 bulan rakyat sengsara ditambah dengan 17 bulan rakyat dikurung umpama pesalah.

Barisan Nasional perlu kembali mengambil alih kerajaan bagi mengembalikan KESTABILAN DAN KEMAKMURAN.



penafian – Artikel merupakan penulisan serta idea penulis. Tulisan juga tidak menggambarkan pendirian pihak MyTvOnline. Pihak kami tidak bertanggungjawab dengan segala komen dan ia merupakan tanggungjawap pembaca.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button