Warga emas terperangkap dalam bilik rentung

Warga emas terperangkap dalam bilik rentung

Keadaan rumah seorang lelaki warga emas yang musnah dalam kebakaran di Taman Dato Harun, Serendah, malam tadi. – Foto ihsan BombaHULU SELANGOR: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung apabila rumahnya di Taman Dato Harun, Serendah, di sini terbakar tengah malam tadi.

Mangsa berusia 70 tahun ditemui rentung selepas bomba berjaya memadamkan kebakaran pada jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu daripada seorang wanita berusia 40 tahun.



“Wanita yang bekerja sebagai akauntan itu menerima panggilan telefon daripada rakannya kira-kira jam 10.30 malam yang memaklumkan rumah bapanya terbakar.

“Lelaki warga emas itu tinggal bersama sepasang suami isteri iaitu adik kepada mangsa masing-masing berusia 60 dan 67 tahun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Suffian berkata bagaimanapun, pasangan suami isteri itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, kebakaran terbabit memusnahkan hampir 80 peratus struktur dan barang dalam rumah mangsa.



“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu jam 10.35 malam.

Beliau berkata, sepasukan 19 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ibu bapa keluar bekerja, dua beradik rentung dalam rumah



Warga emas terperangkap dalam bilik rentung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button