13 rumah kedai separuh papan terbakar

13 rumah kedai separuh papan terbakar

13 rumah kedai separuh papan terbakar
Bomba mengambil masa hampir satu jam mengawal kebakaran yang memusnahkan 13 rumah kedai separuh papan di Jalan Pasar, Pekan Baru, Serdang. – Foto ihsan bomba

SERDANG: Tiga belas kedai separuh papan di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang, di sini, terbakar dalam kejadian, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.15 pagi tadi.

“Seramai 24 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, BBP Bandar Tun Hussein Onn, BBP Bangi dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kebakaran di sebuah kedai emas yang merebak ke 12 premis lain di deretan rumah kedai berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya mengambil masa hampir satu jam untuk mengawal kebakaran itu jam 5.30 pagi tadi.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

13 rumah kedai separuh papan terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker