Bukan takut Pada GTA , tetapi tidak percaya kepada Mahathir.



 

Oleh Adam Malik.

Mahathir cuba ‘spin’ lagi.

Dengan pergunakan media pro kroni nya, hari2 Mahathir dapat bersuara sedang kan pemimpin lain sukar mendapat ‘advantage’ kenyataan disiarkan seperti Mahathir.

Mahathir ‘kentut’ pun mereka akan laporkan begitu juga jika Mahathir pergi ke IJN untuk pemeriksaan berjadual.



Dalam kenyataan terbaru , Mahathir telah menyeru kepada kaum bukan Melayu supaya tidak menjauhkan diri dari Gerakan Tanah Air.

Don’t be afraid of GTA, says Dr Mahathir to non-Malays’ .

Mahathir cuba ‘spin’ dan ‘pre-empt’ konon nya orang bukan Melayu tidak perlu takut kepada GTA.

Ini permainan Mahathir konon apabila dia buat kenyataan “Agenda Melayu’ nya, maka bukan Melayu menyisihkan diri dari GTA.



Konon nya  GTA disisih oleh bukan Melayu kerana “Agenda Melayu” nya.

Sedang semua ini bohong semata mata.

Agenda Melayu Mahathir sekadar retorik dan slogan kosong sahaja.

Orang Melayu pun tidak peduli dengan Agenda bohong Mahathir.



Pemberian kepada rakyat di anggap sebagai ‘sogokkan’ maka apa Agenda yang Mahathir ada dan mampu berikan kepada Melayu?

Beri BRIM pun Mahathir anggap rasuah , maka apa ada dalam Agenda Melayu Mahathir?

Hantar 5,000 orang Melayu Islam mengerja kan haji pun Mahathir anggap rasuah, maka apa ada dalam Agenda Melayu Mahathir?

Air liur?



Sebenarnya Mahathir cuba ‘twist’ fakta.

Orang bukan Melayu sudah jemu dan muak dengan Mahathir.

Mereka sudah ‘write off’ Mahathir.

Meeka mahu berniaga daam keadaan ekonomi baik negara stabil.

Bukan berpolitik 24 jam seperti keajaan PH dan PN dimana akibat tidak stabil negara disisih dari pelaburan besar.

Orang bukan melayu 80% komuniti berniaga.

Mereka sorak sakan dan gembira apabila Pakatan Harapan menang PRU14.

Mereka seronok selepas Mahathir jadi Perdana Menteri dua tahun seperti dijanjikan, mereka berharap Anwar Ibrahim akan ambil alih dan laksana agenda DAP untuk mereka, namun Mahathir telah tipu janji dan serah kepada Muhyiddin Yassin pula.

Semenjak tu orang DAP dan bukan Melayu telah tidak percaya kepada Mahathir lagi.

Jika PH tipu pengundi, Mahathir pula tipu PH.

Maka untuk cantik kan imej Mahathir sendiri konon nya akibat pejuang Melayu, maka alasan orang bukan Melayu sisih GTA  sedangkan mereka sisih GTA kerana tidak percaya kepada Mahathir.

Jadi dengan kenyataan ‘twist’ sebegini Mahathir dapat tipu dua pihak.

Mahathir yang dibenci tapi Mahathir lindung belakang nama GTA pula yang dibenci.

Mahathir berharap mendapat iktiraf dari orang Melayu konon berjuang untuk Agenda melayu dan di benci bukan melayu kerana agenda itu.

Untuk rekod, Mahathir tiada senarai kebaikan kepada orang Melayu selain menghina , mencerca mencaci Melayu malas, suka meminta2 , perasan Tuan di bumi MELAYU tapi kerja drebar sahaja itu antara jasa Mahathir.

PRU15 Ini musim tagih undi , maka setelah di tolak oleh kaum bukan melayu kerana menipu mereka, Mahathir terhegeh hegeh mencari undi orang Melayu pula dengan “Agenda melayu” palsu nya.

Jika Mahathir seru kepada orang Melayu ‘usah iri hati kepada orang kaya” mungkin kali ini orang melayu akan seru kepada Mahathir ‘usah iri hati jika melayu undi UMNO”.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker