Pengantin terkejut dilempar tepung, kotak

Oleh – Syeikh Baran


Pengantin terkejut dilempar tepung, kotak
Sekumpulan individu melempar tepung dan kotak ke arah pasangan pengantin tersebut. – Eva

Sepasang pengantin baharu di Zhaoqing, wilayah Guangdong terkejut apabila dilempar tepung dan kotak pada majlis perkahwinan mereka sehingga mengalami lebam pada  badan, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, rombongan pengantin lelaki tiba di luar sebuah hotel untuk menjemput pengantin perempuan.

Sejurus mereka berjalan beriringan bersama beberapa pengiring, sekumpulan individu melempar tepung dan kotak ke arah pasangan tersebut.

Dalam beberapa gambar yang dikongsikan di media sosial, pengantin lelaki  dipenuhi tepung selain terdapat kesan lebam pada badan pengantin perempuan.

Kesal dan marah, pasangan tersebut menghubungi polis. Pihak berkuasa kemudian  tiba dan menahan individu terbabit.

Menurut polis, tiga individu ditahan namun mereka tidak menyatakan motif berbuat demikian.

Insiden itu  tular dan menerima pelbagai komen netizen. Mereka menyuarakan  simpati kepada pasangan pengantin berkenaan.

“Melihat pengantin perempuan membuatkan saya kasihan kepadanya. Hari penting dalam hidupnya telah berubah menjadi seperti itu,” kata seorang netizen. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker