Guna ‘phone holder’ menyusu bayi boleh undang maut

Kreatif tak bertempat! Doktor risau jika si comel tertidur!



Guna ‘phone holder’ menyusu bayi boleh undang maut

Guna ‘phone holder’ menyusu bayi boleh undang maut
Foto tular menunjukkan penggunaan phone holder ketika bayi menyusu botol.

TIDAK dinafikan menjaga bayi sedikit melelahkan ibu bapa sehingga ada yang tampil dengan pelbagai idea kreatif bagi memudahkan urusan menguruskan si kecil.

Seperti kejadian tular baru-baru ini, seorang bapa didapati menggunakan pemegang telefon bagi ketika memberi bayi menyusu botol.

Mungkin ada antara ibu bapa merasakan cara tersebut lebih mudah dan praktikal kerana ia membolehkan anda melakukan kerja lain semasa anak sedang menyusu.

Tapi tahukah anda bahawa kes melibatkan bayi tersedak susu sehingga mengorbankan nyawa adalah tinggi kerana si kecil dibiarkan minum susu tanpa pengawasan.

Guna ‘phone holder’ menyusu bayi boleh undang maut
Seorang bapa didapati menggunakan ‘kreativitinya’ memberi anak kembar minum susu.
 Mengulas tentang situasi tersebut, Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam Selangor, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata, bayi diciptakan dengan otak dan akal yang membolehkan mereka menepis atau mengalihkan kepala dengan menggerakkan leher untuk berhenti menghisap botol susu atau minum air susu si ibu.

“Jika kaedah begini (botol susu pada pemegang telefon) digunakan apatah lagi kedua-dua belah tangan si bayi dibekung serta tidak bebas, maka risiko bayi mengalami tersedak boleh berlaku.

DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kaedah begini lebih buruk apabila bayi tertidur sebelum air susu dalam botol habis. Apa yang berlaku? Proses menelan tidak berlaku dengan baik.

“Bayi dah tidur tapi air susu terus menerus masuk ke dalam mulut (jika botol susu adalah bukan jenis hisap baru keluar) maka risiko tersedak susu dan masuk ke paru-paru boleh terjadi,” jelasnya.

Tambah beliau, jika bayi tersedak susu, air susu boleh masuk ke saluran pernafasan paru-paru dan menyebabkannya berada dalam kondisi teruk.

Guna ‘phone holder’ menyusu bayi boleh undang maut
Dr Arisman Wenge Abdul Rahman merupakan Pengarah Perubatan Klinik Iris Shah Alam.

Selain itu, sumbatan juga boleh berlaku dan seterusnya mengakibatkan bayi mengalami sesak nafas serta pengsan dalam beberapa saat atau minit.

Bagi mengelakkan kejadian bayi tersedak susu terus berlaku sama ada di rumah mahupun taska, Dr Arisman berkongsi beberapa tip yang boleh diambil perhatian:

1. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusu.

2. Jangan guna kain atau bantal untuk menyokong botol susu semasa menyusu. Apatah lagi cara tular seperti di atas.

3. Elakkan bayi daripada tertidur semasa menyusu. Sekiranya bayi tertidur, hentikan penyusuan dengan menarik keluar puting dan penyusuan boleh disambung apabila bayi terjaga.



4. Elakkan memberi susu kepada bayi dalam keadaan mereka berbaring secara terlentang. Ini akan menyusahkan bayi menelan dan meningkatkan risiko bayi tersedak.

5. Elakkan daripada membaringkan bayi dalam tempoh 30 minit atau lebih. Biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan.

6. Pastikan kepala bayi dalam posisi mengiring semasa tidur selepas menyusu. Ini membolehkan susu mengalir keluar dan tidak menyebabkan bayi tersedak sekiranya termuntah.

Warna Susu Badan Berubah Lepas Vaksin?

Guna ‘phone holder’ menyusu bayi boleh undang maut



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker