Hadi Awang Di Jangka Akan Tewas Dalam PRU 15

Hadi Awang Di Jangka Akan Tewas Dalam PRU 15

Hadi Awang Di Jangka Akan Tewas Dalam PRU 15

‘The Giant Killer’ dari UMNO, DS Abdul Rahman Bakar diberikan misi khas dalam PRU 15 oleh BN Terengganu untuk melakukan hatrick sebagai ‘the giant killer’ di bumi Terengganu.

Akan berhadapan dengan calon ‘heavyweight’ yang sama pernah beliau tewaskan sebanyak 2 kali dalam PRU 1986 dan PRU 2004, presiden PAS, Hadi Awang.



Dalam PRU 1986, Rahman Bakar berjaya menumbangkan Hadi Awang di parlimen Marang dengan kelebihan 639 undi.

Baca di sini:

https://malay.wiki/content/Abdul%20Rahman%20Bakar/Politik.html

Manakala dalam PRU 2004 pula, Rahman Bakar sekali lagi berjaya menewaskan Hadi Awang dengan kelebihan 163 undi.



Ketika itu Rahman Bakar mendapat 28,076 undi dan Hadi Awang cuma mampu memperolehi 27,913 undi.

Baca di sini:

https://todayterengganu.blogspot.com/2017/04/mampukah-bn-tawan-semula-parlimen-marang.html

Untuk rekod, pertembungan antara Rahman Bakar dan Hadi Awang di parlimen Marang telah berlaku sebanyak 4 kali.



Rahman Bakar berjaya menumbangkan Hadi Awang sebanyak 2 kali, manakala Hadi Awang juga berjaya menewaskan Rahman Bakar sebanyak 2 kali.

Dalam kesemua pertembungan antara Rahman Bakar dan Hadi Awang, majoriti undi yang diperolehi oleh kedua mereka tidak pernah melebihi 1,000 undi.

Berikut adalah rekod pertembungan kedua mereka dalam PRU:

  • PRU 1986 – dimenangi Rahman Bakar dengan majoriti 639 undi
  • PRU 1990 – dimenangi Hadi Awang dengan majoriti 350 undi
  • PRU 1995 – dimenangi Hadi Awang dengan majoriti 882 undi
  • PRU 2004 – dimenangi Rahman Bakar dengan majoriti 163 undi

Baca di sini:



https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_Awang#Pilihan_raya

Kelebihan Yang Di Miliki Rahman Bakar Dalam PRU 15

Hadi Awang Di Jangka Akan Tewas Dalam PRU 15

Selain dari mempunyai rekod yang baik dalam pertembungan antara beliau dan Hadi Awang, ada beberapa faktor yang dilihat akan menyebelahi Rahman Bakar dalam PRU 15:

PAS Akan Kehilangan Undi Pengundi Atas Pagar

Kemenangan calon PAS dalam pilihanraya banyak bergantung kepada undi dari pengundi atas pagar yang masih lagi menyokong perjuangan PAS yang sebenar.



Secara purata, undi dari ahli PAS hanya menyumbang kira-kira 5.7% dari jumlah undi keseluruhan.

Jumlah ini adalah terlalu sedikit untuk menjamin kemenangan calon PAS.

Oleh itu, calon PAS mengharapkan pengundi atas pagar untuk memastikan kemenangan calon mereka.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/10/10/pas-pilih-mn-dan-pn-kerana-budi-tergadai-body/

Tetapi dari kajian lapangan yang pernah dilakukan, PAS kini sedang mengalami defisit sokongan dari pengundi atas pagar kerana beberapa sebab:

  1. Isu Takiyuddin memutarbelitkan kenyataan SPB YDP Agong semasa berhujah di dalam parlimen mengenai pembubaran darurat
  2. Isu PAS mengenepikan lambang sendiri dalam PRN Melaka dan PRN Johor
  3. Sikap beberapa pemimpin utama PAS yang mengenepikan Muafakat Nasional untuk bersama PPBM dalam Perikatan Nasional
  4. Pemimpin PPBM yang PAS pertahankan sebenarnya lebih ramai yang terlibat dalam rasuah, salah guna kuasa dan akhlak yang rosak

Tanpa sokongan dari pengundi atas pagar yang selama ini setia memberikan sokongan kepada PAS akan memberikan kelebihan kepada Rahman Bakar.

Undi PAS Akan Berpecah Kepada PAN Dan PAS

Hadi Awang juga akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dari ahli PAS sendiri.

Undi ahli PAS ini dijangka akan diberikan kepada calon dari PAN yang akan meletakkan calon mereka di parlimen Marang.

Sikap taat kepada pemimpin atau walaq kepada pemimpin ahli PAS hari ini adalah tidak sama dengan sikap yang sama mereka tunjukkan pada 10 tahun dahulu.

10 tahun dahulu, ahli PAS akan menerima bulat-bulat apa sahaja yang diperintahkan kepada mereka.

Tetapi kini mereka sudah semakin bijak menilai sikap pemimpin PAS.

Mungkin mereka tidak akan menunjukkan bantahan secara terbuka, tetapi tidak ada jaminan untuk mereka tetap taat kepada pemimpin yang mereka ragui ketika membuang undi.

Benar, sentimen anti UMNO masih lagi bersisa di kalangan mereka dan mereka mungkin tidak akan memberikan undi kepada UMNO.

Tetapi mereka mempunyai pilihan untuk memberikan undi mereka kepada calon PAN.

Dalam keadaan ini, undi yang diperolehi oleh calon Barisan Nasional tidak akan berubah, tetapi undi PAS akan berpecah.

Hadi Tidak Memberikan Khidmat Yang Baik Di Marang, Terutamanya Kepada Anak Muda

Dari maklumat penduduk tempatan, penulis dimaklumkan, dalam penggal ke 14, Hadi Awang tidak memberikan perkhidmatan yang baik di parlimen Marang.

Malah pembantu beliau di Marang juga dilaporkan jarang menyantuni masalah penduduk tempatan.

Memburukkan keadaan, golongan anak muda di kawasan tersebut merasa dipinggirkan oleh pusat khidmat parlimen Marang.

Kekuatan undi pengundi muda tidak boleh dipandang ringan kerana mereka merupakan kelompok terbesar pengundi mengikut kategori umur.

Sangat jelas, Rahman Bakar mempunyai peluang terbaik untuk melakukan hatrik menumbangkan Hadi Awang di parlimen Marang.

 

Hadi Awang Di Jangka Akan Tewas Dalam PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button