Peniaga tular bergaduh penguat kuasa MBAS kena penjara 15 hari

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga tular bergaduh penguat kuasa MBAS kena penjara 15 hari
Mohd. Amirul Azmir dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Setar setelah dijatuhi hukuman atas kesalahan melakukan kekerasan jenayah ke atas penguat kuasa MBAS.

Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 hari dan denda RM3,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah ke atas penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Khamis lalu.

Tertuduh, Mohd. Amirul Azmir Md. Akhir, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif.

Dia yang masih bujang turut diperintah supaya dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan Badi’uzzaman Aziz, 43, yang merupakan Pembantu Penguat Kuasa MBAS daripada melakukan tugasnya sehingga menyebabkan pergelutan dengan menendang serta mencampakkan bangku kecil terhadapnya.

Perbuatan itu dilakukan di Dataran Alor Setar, di sini kira-kira pukul 11.38 malam, 14 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker