Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

Tular di media sosial bagaimana dalam siri kempen Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga merupakan Presiden PKR dan juga calon PH di Tambun ditolak oleh penduduk tempatan.

Dalam video yang berdurasi 1:07 saat itu, jelas kehadiran Anwar yang lengkap berpakaian tradisi India tidak disenangi masyarakat India.

Dari apa yang difahami penulis dari video tersebut, kehadiran Anwar jelas dianggap sebagai mengganggu sambutan perayaan masyarakat India tempatan.

Akhirnya dilihat Anwar terpaksa mengalah dan meninggalkan majlis tersebut bagi mengelakkan kemarahan penduduk tempatan terhadap beliau.

Difahamkan Anwar ketika itu dalam program siri berkempen bagi menghadapi PRU 15 di Tambun, Perak.

Anwar dijangka akan menentang penyandang kerusi parlimen Tambun dari PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja).

Manakala Barisan Nasional masih lagi belum mengumumkan calon yang akan diturunkan untuk merampas kerusi parlimen dari Peja (PPBM).

Timbul tandatanya, apakah pandangan yang mengatakan Anwar tidak akan mendapat laluan yang mudah di Tambun akan menjadi kenyataan.

Malah ada pemerhati politik yang berpandangan, keputusan Anwar untuk bertanding di Tambun merupakan kesilapan yang akan memakan diri.

Mereka berpandangan, ada kemungkinan Anwar akan tewas di parlimen Tambun.

Apakah Anwar juga sedang mengalami defisit sokongan dari rakyat sebagaimana yang sedang dialami oleh Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Atau mungkinkah kelibat ahli politik yang sudah berdekad berada di pentas politik negara seperti Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin akan hilang selepas PRU 15.

Mungkin terlalu awal untuk penulis membuat kesimpulan begitu.

Namun begitu, sama-samalah kita menunggu hingga hari pembuangan undi pada 19 November 2022.

 

Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker